TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 4, 2010

Home » , , » Pengalaman Bluedianthus bersama WangCyber

Pengalaman Bluedianthus bersama WangCyber

Rasanya di dalam entri ini aku selalu bercerita tentang WangCyber. Kenapa? Kerana RM1 aku adalah datang daripada WangCyber ni. Alamak, rahsia dah terbongkar..hehe..Tak mengapa la, Bluedianthus tak rugi apa-apapun sebenarnya. Nak djadikan cerita, seorang yang memang cukup terkenal di WangCyber, iaitu saudara Jamal. Ya, saudara Jamal yang sekarang ni tengah meletup dengan produk Pakar EBook yang telah rekomenkan forum ini kepada aku. Dan aku sangat berterima kasih kepada beliau.


Duit pertama aku dari dunia online bukanlah dalam bentuk Ringgit Malaysia, tetapi dalam Dollar Amerika. Kalau aku tak silap, aku menjual produk 18 Ebook PLR berbahasa Inggeris yang berharga $7.95. Kemudian menjualnya semula dengan harga $1. Memang murah gila kan, masa tu memang aku tak tahu cara untuk menjual dengan baik. Sepatutnya, aku boleh jual $1 untuk setiap Ebook. Tapi aku memang tak pandai langsung..jadi aku cuma mencuba sekadar termampu. Syukur ada juga jualan terhasil, dan modal pun dapat balik dan ada sedikit keuntungan. Itulah kisah aku mendapat USD pertama dari Internet. Aku hanya mencuba sahaja pada masa itu kerana teruja sebab akaun Paypal aku baru sahaja mendapat status Premier Verified. Tapi satu kesalahan aku, setelah join forum WangCyber ni, aku terus ke thread "Want to sell" tanpa memperkenalkan diri terlebih dahulu, akibatnya newbie yang baru mula berniaga memang akan kurang mendapat kepercayaan ahli forum. Jadi, nasihat aku kenallah dulu dengan warga forum, barulah buka jualan. Barulah mudah diterima.

Kini, hampir setahun aku masih lagi setia berkunjung ke WangCyber untuk terus menambah pengalaman. Semakin banyak aku belajar, semakin banyak aku tidak tahu. Melalui forum ini juga, aku mengenali usahawan Internet yang telah mendapat pulangan beratus ribu ringgit hasil daripada penjualan produk mereka. Dan aku juga faham kenapa usahawan Internet saling bantu membantu dalam perniagaan Internet mereka. Aku juga belajar serba sedikit dunia blogging hasil daripada perkongsian blogger-blogger yang lain.

Bagi aku, WangCyber bagaikan universiti kedua aku. Daripada aku langsung tidak mengetahui apa-apa tentang dunia blogging, affiliate, senarai email, kini aku sudah mulai celik sedikit demi sedikit. Kalau tidak, mungkin aku masih akan bersikap skeptikal dan tidak mempercayai dunia perniagaan Internet ini. Jadi kalau korang nak belajar ilmu keusahawanan Internet, WangCyber adalah forum pertama yang aku sarankan. Aku juga masih terus belajar dan belajar daripada forum ini.

Semoga entri ini dapat membuka mata korang yang mungkin suatu ketika dulu fobia kerana seringkali tertipu dengan program yang sebenarnya hanya menjanjikan harapan palsu. Skim Cepat Kayap (opps..), Skim Kutu dan bermacam-macam lagi yang menjanjikan pendapatan lumayan dalam sekelip mata, aku nasihatkan janganlah korang terpedaya lagi dan membazirkan wang. Tidak ada perkara yang mudah di dunia ini, lebih-lebih lagi bila berkaitan dengan duit. Dan satu kemusykilan aku, kenapa mudah sungguh mengeluarkan duit untuk mengikuti program cepat kaya, tapi liat sangat nak keluarkan duit untuk melabur pada ilmu. Siapa-siapa yang berminat untuk mendalami ilmu Internet, bolehlah register di WangCyber Dot Com. Aku juga ada di sana, cari saja username Bluedianthus, itulah aku...sama-sama kita belajar :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails