TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, August 10, 2010

Home » » Panduan Membina Laman Web dengan Mudah dan Pantas Tanpa Asas IT

Panduan Membina Laman Web dengan Mudah dan Pantas Tanpa Asas IT

Domain Name adalah nama unik selepas awalan http://www yang selalu kita lihat pada web browser kita. Sebagai contoh, nama domain blog ini ialah bluedianthus dan diakhiri dengan .com. Jadi nama domain yang lengkap bagi blog Bluedianthus ini ialah http://www.bluedianthus.com. Domain laman web ataupun blog juga sering dikaitkan dengan kredibiliti sesebuah syarikat atau orang perseorangan itu dalam dunia perniagaan secara online.


Pada masa kini, kita harus bersyukur kerana membina laman web bukan lagi menjadi satu masalah besar bagi mereka yang ingin berniaga di Internet. Sudah banyak produk yang memberikan banyak manfaat kepada orang ramai. Usahawan-usahawan  produk ini tidak berpaksikan keuntungan semata mata tetapi lebih kepada keinginan untuk membantu menyelesaikan masalah pembinaan laman web pertama bagi mereka yang langsung tidak mempunyai asas dalam bidang Teknologi Maklumat (IT). 

Bayangkan seorang usahawan yang telah berjaya dalam dunia perniagaan dan ingin mengembangkan perniagaannya melalui jaringan Internet tetapi langsung tidak mempunyai asas. Mungkin juga dia tidak ingin memeningkan kepala dan boleh terus mengupah orang yang pakar dalam bidang laman web, menyediakan autoresponder, menyediakan laman web untuk affiliate, menyediakan surat jualan, borang tempahan, dan macam-macam lagi yang memerlukan kemahiran praktikal. Mungkin harganya boleh mencecah sekitar ribuan ringgit. Tapi bagaimana pula dengan mereka yang baru ingin bermula?

Kini, satu Pakej Lengkap Membina Laman Web telah dikeluarkan oleh seorang lagi usahawan tempatan, saudara Hairul Hissam yang akan meringankan beban daripada terus sakit kepala bagaimana membina laman web minisite untuk berniaga secara online. Sekiranya korang mendapatkan pakej ini, aku yakin perniagaan Internet yang korang impi-impikan tidak mustahil akan menjadi kenyataan. Apa yang diperlukan adalah fokus yang berterusan sepanjang proses menghasilkan laman web ataupun minisite jualan untuk produk yang bakal dipasarkan. 

Pada pendapat aku, satu kelebihan produk ini berbanding yang lain adalah kerana produk ini berbentuk video dan ini akan meningkatkan daya tumpuan di samping menguatkan proses visualisasi. Panduan Membina Laman Web ini mengandungi 6 modul video yang merangkumi pembinaan minisite, pembinaan laman web multi colum, pendaftaran domain dan hosting, pembinaan borang tempahan, pemasangan sistem autoresponder dan juga cara menghasilkan Ebook. Selain itu panduan ini disertakan juga dengan Ebook Pendedahan Awal kepada Teknik Pemasaran Internet.

Tiada kemahiran dalam bidang IT bukan lagi halangan untuk mempunyai kedai online sendiri. Mulakan perniagaan Internet secepat mungkin. Satu produk saranan daripada aku untuk korang yang baru hendak bermula.


p/s: Tak nak cuba berniaga sendiri di bulan puasa ini? :)

Artikel Sebelumnya: Rahsia 24 Jam Terbongkar

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails