TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 16, 2010

Home » , » Nuffnang dan musim membeli-belah

Nuffnang dan musim membeli-belah

Hari Isnin, seperti biasa Bluedianthus akan mengemaskini akaun Nuffnangnya. Rasanya baru kelmarin aku mengemakini akaun Nuffnang aku. Huh, cepat sungguh masa berlalu. Apapun, aku harapkan kepada mereka yang berpuasa, semoga sihat selalu dan semoga puasa berjalan dengan lancar dan diberkati. Senyum-senyum selalu okies.. :)


Tidak banyak yang berubah dalam akaun Nuffnang kali ini. Walau bagaimanapun, pihak Nuffnang masih memberikan 2 Buffered Campaign pada minggu lepas. Manakala sebahagian daripada iklan yang ada telah bertukar status kepada metered earning. Terima kasih kepada Nuffnang kerana melihat perkembangan blog yang semakin meningkat dari segi trafik. 
Ada 6 kempen iklan yang masih berjalan di blog Bluedianthus

Iklan Kiwi Shine pada bahagian content blog ini telah menjadi metered earning, begitu juga dengan kempen Digi Broadband Sustenance July juga pada bahagian content. Kempen yang baru diterima pula iaitu kempen ke 21 dan 22 iaitu Digi Prepaid Blackberry dan Digi Octopus Anniversary yang menggantikan kempen yang telah bertukar menjadi metered earning. 

Kehadiran kempen-kempen di blog ini aku akui mencantikkan lagi blog ini. Tidaklah nampak blog ini statik sahaja kan. Ada juga animasi di sana-sini bila pelawat datang membaca entri di sini. Selain daripada itu, aku melihat musim membeli-belah secara online telah mula melanda para pengguna Internet. Maklum la, membeli melalui Internet lebih selesa dan banyak diskaun. Jangan lupa membaca entri berkenaan Malaysian Buy Dot Com, satu lagi portal membeli-belah yang memudahkan para pembeli yang ingin menjimatkan petrol kereta mereka. Musim cuti sekolah pun tak lama lagi akan menyusul, sesiapa yang nak pergi melancong ke luar negara tu boleh la pertimbangkan untuk melawat Korea tahun ini. Boleh la shopping benda-benda comel dan jangan la lupa bagi Bluedianthus ole-ole ye..hehe..joking..:)

p/s: Kepada korang yang baru dapat duit raya dari Nuffnang tu, jangan shopping tak ingat dunia okies..;)
p/p/s: Malware detected di blog Bluedianthus, ada siapa-siapa nak menghulurkan bantuan? Rimas pula nampak message box "Malware Detected" ni..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails