TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, August 20, 2010

Home » » Mencuba dan gagal lebih baik..

Mencuba dan gagal lebih baik..

Bila dah lama tak menulis di blog, rasa kekok pun ada juga. Sebab apa? Kerana sepanjang blog ini dihuni dengan virus, aku tidak duduk diam melihat amaran "Malware Detected" itu. Di samping berusaha untuk mencari di mana punca masalah, aku juga ada kesempatan untuk mengemaskini artikel di blog aku yang lain. Walaupun masih ada lagi blog-blog aku yang belum pulih daripada serangan malware ini, rasa lega sedikit bila blog Bluedianthus ini dah clear. :)


Mencuba dan gagal lebih baik. Baik ke? Takkan la nak gagal kan. Tapi baik la kan, daripada tak mencuba langsung kan. Sekurang-kurangnya kita dapat pengalaman. Sebab pengalaman tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. Ia perlu dirasai sendiri, perlu dialami. Experience is the best teacher ever. Itu satu benda yang aku belajar secara berulang apabila menghadapi masalah malware ini. 

Menjadi seorang blogger mengajar kita banyak perkara. Dalam kehidupan kita seharian, kita perlu untuk membuat keputusan dalam banyak perkara. Di sini, kita akan belajar untuk menjadi insan yang lebih baik. Mungkin bergelar seorang blogger skopnya lebih kecil, kerana keputusan yang kita buat hanya terbatas dalam lingkaran dunia blogging sahaja. Satu lagi yang menggerakkan semangat aku untuk menyelesaikan masalah malware di blog ini adalah kerana aku sudah mula sayangkan blog ini. Manakan tidak, blog ini bagaikan sudah sebati dengan aku. Hampir beratus juga dihasilkan oleh blog aku yang baru setahun jagung ini. 

Lagi satu, kerana aku rindu nak bertegur sapa dengan blogger lain, memberikan komen dan pendapat dalam entri mereka. Takkan nak bagi komen masa blog tengah bermaharajalela dengan virus kan. Tak fasal-fasal kena banned oleh blogger Malaysia, sebab jadi pengedar virus. Apapun, sepanjang 3hari blog aku tidak berupdate, masih ada blogger yang singgah bertanyakan khabar mengenai status malware di blog ini. Terharu sungguh  dengan keprihatinan mereka. Terima kasih blogger, terima kasih Malaysia..:)


p/s: Selamat berhujung minggu dan semoga yang berpuasa berjalan dengan lancar. Salam sayang persahabatan dari Bluedianthus dari Sabah..bah.. :)

Artikel Sebelumnya: Line clear..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails