TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, August 6, 2010

Home » » Masa di mata seorang Blogger

Masa di mata seorang Blogger

Masa di mata seorang blogger bagaimana ya? Aku tahu ramai yang mula-mula berblogging akan rasa teruja yang amat sangat, tak dapat nak digambarkan. Dulu aku pun begitu juga. Paling tidak pun ada 3jam masa yang aku perlukan untuk menyusun atur semula kandungan blog aku. Nak cari entri lagi satu punya hal. Ingatkan tulis blog dapat menghilangkan stress, tapi rupa-rupanya aku yang memberi tekanan kepada diri sendiri untuk menulis. Kemudian ada pula blogger yang akan menahan mata untuk tidur semata-mata blogwalking punya pasal. Ya, dulu seriously aku pun begitu. Sekarang kalau dah ngantuk terus off laptop. Kita yang mengawal blog kita, bukan kita yang dikawal oleh blog kita sendiri..:)


1. Dunia blogging membuatkan blogger lebih menghargai masa. Blogger juga sentiasa ingin mengetahui masa dalam dan luar negara..

2. Masa membuatkan blogger semakin matang kerana semakin lama berblogging, semakin serasi dirinya dengan dunia bloggingnya.

3. Masa itu adalah peluang bagi seseorang blogger untuk mencari dan menjana pendapatan sampingan.

4. Kadang-kala masa juga membuatkan blogger tidak tentu masa tidurnya.

5. Masa juga boleh membuatkan hati seseorang blogger resah..resah sebab apa ya? Macam-macam ada...hehe..

6. Masa boleh membuatkan seorang blogger itu tersenyum sendirian, bermonolog sendirian, dan menangis sendirian? Harap-harap tangisan kegembiraan la kan.. :)

7. Masa membuatkan seseorang blogger menjadi begitu kreatif pada masa-masa tertentu...

Selamat berhujung minggu untuk semua para blogger yang aku hormati..semoga cuti hujung minggu ini dapat memberi kelegaan kepada tubuh badan korang. Hujung minggu masa untuk relax. Kalau tak nak menulis pun tak kisah. Dan lagi, jangan lupa membeli barang-barang keperluan untuk bulan puasa nanti. Berhati-hati di jalan raya dan ingat-ingatlah Bluedianthus di sini kalau sudi...:)

Artikel Sebelumnya: 5 Tips motivasi dalam berbelanja

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails