TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, August 15, 2010

Home » » Malaysian Buy Dot Com, pusat membeli-belah online yang dipercayai!

Malaysian Buy Dot Com, pusat membeli-belah online yang dipercayai!

Hujung minggu ini, tentunya ramai di antara kita yang mengambil kesempatan untuk membeli barang-barang terutamanya untuk persediaan menjelang hari Raya Adidilfitri nanti. Aku harapkan agar korang sentiasa mengawal dengan bijak aliran wang untuk perbelanjaan korang.


Bagi korang yang malas nak berpusu-pusu membeli barang-barang keperluan ataupun mungkin barang-barang yang dikategorikan sebagai barangan “wishlist”, satu cara yang memudahkan korang adalah dengan memberi barangan secara online (melalui perantaraan medium Internet). Bagi aku, kaedah ini sangat sesuai untuk mereka yang tidak suka nak beratur panjang untuk membuat pembayaran barangan, dan tidak mahu termasuk dalam statistik terperangkap dalam traik jalanraya yang teruk, terutamanya di pusat-pusat bandar.

Kini satu lagi laman web yang memudahkan korang untuk membeli-belah dengan penuh keselesaan adalah dengan kemunculan Malaysian Buy Dot Com. Laman web ini merangkumi senarai shopping center directory untuk memudahkan korang mencari kompleks membeli-belah yang berdekatan dengan lokasi kediaman korang. Setakat ini, terdapat 87 barangan sudah pun berada dalam kategori aktif dan carian yang paling banyak setakat ini adalah barangan seperti barangan bayi dan juga barangan untuk wanita muslimah. Hmm..mungkin korang akan jumpa sesuatu yang korang berkenaan kat sini kan.

Selain daripada itu, laman web ini juga telah dioptimasikan dengan fungsi plaza directory untuk memudahkan kita yang sebagai bakal pembeli ini mencari barangan yang kita inginkan. Apa yang paling aku suka adalah fungsi “Search” pada bahagian atas laman web ini. Aku hanya perlu taip barangan yang aku nak dan semuanya akan terpapar dalam beberapa saat sahaja. Sungguh mesra-pengguna.:)

Aku juga tidak perlu susah payah untuk mencari senarai shopping center mall secara spesifik kerana ianya akan dipaparkan di sebelah kanan laman web iaitu pada bahagian “Featured”. Linknya akan terus memaparkan barangan yang berkaitan dengan apa yang kita inginkan. Ini sebenarnya telah menjimatkan banyak masa kita untuk memilih item yang sama. Tak payah lagi nak ke satu kedai ke kedai yang lain untuk membuat pilihan. Hanya dengan beberapa klik, pilihan sudah boleh dibuat kerana memudahkan kita untuk membuat perbandingan harga.

Hmm..siapa kat susah nak beli secara online..jom shopping online..:)
p/s: Berbelanja ikut kemampuan, bukan kemahuan..pesanan ikhlas Bluedianthus.. :)





ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails