TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, August 25, 2010

Home » » Kedai Online Sendiri pada harga mampu milik!

Kedai Online Sendiri pada harga mampu milik!

Memiliki kedai online sendiri bukan lagi menjadi suatu perkara yang susah terutama bagi mereka yang tidak tahu langsung asas pembangunan web. Satu lagi servis membina kedai online yang telah membuat lebih daripada 40 buah jenis webiste E-commerce melancarkan Sale yang aku rasa sangat berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki. Gambar di sebelah ini adalah satu screenshot yang aku ambil daripada laman web jualan mereka. Aku sangat sukakan designnya yang simple tetapi menarik dan juga masa loading yang cepat. Lagipun kaum hawa macam aku ni cepat tertarik dan ditarik kalau barangan kosmetik macam ni..hehe.. :)


Apa yang aku dapat simpulkan melalui perkhidmatan membina kedai online yang ditawarkan ialah:

1. Setiap pelanggan akan menerima 1 domain beserta hosting, dan kedai online anda sudah sememangnya siap dibangunkan terlebih dahulu dengan sistem Shopping Cart. 
2. Bilangan produk yang boleh dimasukkan ke dalam kedai online tersebut adalah tidak terhad. Ini bermaksud, bilangan produk boleh ditambah dari semasa ke semasa.
3. Pelanggan juga akan mendapat Panduan Product Dropshipping dengan 30% keuntungan bagi setiap produk yang terjual.
4. Pelanggan yang baru pertama kali menceburkan diri dalam perniagaan secara online juga tidak perlu risau kerana Panduan Menguruskan Kedai Online turut diberikan. 
Kedai online juga membolehkan pemasaran dijalankan secara global. Jadi pada pendapat aku, eloklah jika kedai online tersebut menggunakan dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris (boleh juga gunakan website translator). Ini cuma pendapat aku saja. Memiliki kedai online sendiri juga memberikan keuntungan 100% kepada si pemilik kedai. Proses pengiklanan juga sangat mudah kerana kedai online tersebut milik penuh si pelanggan (mungkin korang la lepas ni..hehe..) 

Ciri-ciri kedai online aku yakin korang sudah tahu serba sedikit mengenainya. Perkataan "online" itu sendiri sudah menunjukkan kemampuan kedai maya ini mampu bersaing di pasaran global. Promosi, promosi, promosi adalah kata kunci bagi setiap perniagaan tidak kiralah samada berbentuk perniagaan Internet ataupun perniagaan konvensional. Salah satu yang menjadi kegemaran aku sekarang ini ialah membeli-belah menggunakan wang Paypal yang diterima-pakai hampir di seluruh dunia.

Sekiranya tidak mampu untuk menubuhkan perniagaan seperti biasa, Kedai Online adalah alternatif kepada masalah tersebut. Modal yang dilaburkan sekali seumur hidup, dan jumlah keuntungan mungkin berkali-kali ganda daripada modal yang telah dilaburkan untuk membangunkan kedai online ini. Jika ingin memiliki perniagaan sendiri secara online, boleh dapatkan Servis Membina Kedai Online ini sementara masih ada tawaran sale 50% ini. Aku yakin pelaburan ini lebih berbaloi daripada melabur sejumlah wang untuk Skim Cepat Kaya yang tidak tentu halal-haramnya. Biasanya upah untuk membangunkan sebuah Kedai Online boleh mencecah sehingga RM1400, kalau tak percaya boleh tengok blog Baloot. Jadi rebutlah peluang yang ada selagi ada harga promosi.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails