TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 23, 2010

Home » , , » Isnin dan keceriaan berganda...

Isnin dan keceriaan berganda...

Selamat tengahari aku ucapkan kepada semua blogger yang sedang menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Semoga bertambah berkat dan bertambah rezeki di bulan puasa ini. Terlebih dahulu aku ucapkan selamat harijadi kepada sahabat aku yang ke-27 tahun ini, semoga bahagia di samping isteri dan anak tercinta. Sempat juga menyampaikan birthday wish kat Facebook tadi. :)


Masa nak rehat-rehat di waktu tengahari ini, sempat lagi membuat kerja freelance yang ada. Dapat lagi 2 job untuk translation service, dan 1 lagi status pending. Tidur lewat malam lagi la nampaknya ni. Tapi tak mengapa kerana aku enjoy melakukan tugas menterjemah ni. Dapat juga menampung duit minyak kan, hehe..:)

Keceriaan berganda apabila mengemaskini earning Nuffnang. Sepanjang 3 hari blog ini diserang malware, pelawat unik tetap ada. Walaupun blogwalking pada minggu lepas hampir tiada aku lakukan, Nuffnang masih lagi memberikan 2 buffered campaign yang baru iaitu DiGi Broadband Sustenance August LR dan UOB Ladys Card LR. Terima kasih kepada Nuffnang, ini membuatkan aku lebih bersemangat nak update blog ni, hehe.. Semoga earning korang juga bertambah masyuk hendaknya.. :)
Buffered earning yang ke-23 dan 24, masih lagi pada bahagian LR

Keceriaan bertambah juga apabila aku dapat menyertai Contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER anjuran Denaihati Dot Com baru-baru ini. Dapat juga aku menyelit dan memberikan sedikit warna dalam cabaran kali ini. Walaupun hanya berada pada page ke-3 carian Google buat masa ini, aku masih gembira kerana entri tersebut sudah diindex oleh Google. Hmm..banyak lagi nak kena belajar tentang SEO ni. Apapun, hidup seorang blogger memang mengasyikkan (baca: menyenangkan) bagi aku.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails