TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, August 29, 2010

Home » » HIDUP SEORANG BLOGGER Follow The Wind Edition

HIDUP SEORANG BLOGGER Follow The Wind Edition

HIDUP SEORANG BLOGGER bagi aku merupakan satu kurniaan yang datang hasil kewujudan Internet di dunia ini. Tapi kehidupan seorang blogger itu tidak terbatas dalam dunia maya sahaja. Ianya lebih daripada itu. Kehidupan sebagai seorang blogger juga menandakan bahawa kita mempunyai dua pekerjaan, iaitu kerjaya yang kita ada pada hari ini dan juga kerjaya sebagai seorang penulis. Penulis kerana seorang blogger kerjanya adalah menulis sesuatu. Mungkin untuk tatapan sendiri dan juga untuk bacaan orang lain di luar sana.

"Follow The Wind" adalah buku koleksi aku yang aku baca beberapa tahun lepas dan menjadi koleksi bahan bacaan kesayangan aku. Tapi baru kali ini aku dapat mengaitkan tajuk buku ini dalam HIDUP SEORANG BLOGGER aku. Antara sedar ataupun tidak, blogger menulis bila "angin baiknya" datang, ataupun pada ketika ideanya datang mencurah-curah. Blogger juga menulis "mengikut arah angin". Bagaimana? Teruskan membaca.

1. HIDUP SEORANG BLOGGER menulis mengikut arah angin. Contoh, baru-baru ini kecoh diperkatakan apabila Malware menyerang laman web dan juga blog-blog yang ada. Bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia sedang menghadapi masalah Malware ini. Memang ianya sangat membimbangkan. Laman web TV3 pun sudah menerima tempiasnya.

2. HIDUP SEORANG BLOGGER menulis mengikut arah angin. Bukan angin kus-kus macam dalam filem P.Ramlee tu ok! :) Kalau menulis dalam keadaan yang marah, memang masa kita baca entri blogger tersebut, terasa juga kita aura kemarahan tu. Kalau menulis dalam keadaan yang sedih dan sayu dan layu, kita pun turut akan merasa sebak masa nak baca entri tu. Kalau menulis dalam keadaan yang gembira, kita yang membacanya pun turut terhibur. Keadaan emosi dan hati seorang blogger yang sedang menulis sesuatu entri pada satu-satu masa mempunyai pengaruh yang sangat besar. Jadi tidak hairanlah blog mempunyai aura "daya penarik" yang sangat kuat.

3. HIDUP SEORANG BLOGGER menulis mengikut arah angin. Tidak kira blogger part-time ataupun blogger sepenuh masa, seorang blogger itu tetap akan mempunyai angin untuk menentukan bagaimana dia hendak menulis entri yang seterusnya. Seorang blogger akan menulis apabila berfikir bahawa dia perlu mencanangkan sesuatu kepada pembaca blognya. Seorang blogger juga akan menulis entri apabila dia ingin mengajar pembacanya untuk melakukan sesuatu yang bakal memberikan keuntungan kepada pembacanya. Dan yang paling penting lagi, apabila blogger tersebut ingin menyebarkan ilmu. Dan upahnya adalah, pahala yang tersembunyi.

Begitu lah HIDUP SEORANG BLOGGER yang dapat aku simpulkan dalam satu ayat daripada buku kegemaran aku, "Follow The Wind". Angin itu tidak dapat dilihat, tetapi dapat dirasai. Itulah perbezaannya dengan blog, kerana blog boleh dilihat, malah boleh dibaca berulang kali, sehingga melekat di hati.

Entri malam ni hadir sebagai memberikan sokongan kepada Denaihati yang telah menganjurkan Cabaran SEO HIDUP SEORANG BLOGGER. Semoga entri ini dapat memberi manfaat untuk semua yang membacanya. Terima kasih kerana sudi membaca sehingga ke akhir ayat entri ini. Salam HIDUP SEORANG BLOGGER kepada semua blogger dan pembaca blog ini.

Artikel Sebelumnya: Boleh senyum sikit tak?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails