TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, August 22, 2010

Home » , » HIDUP SEORANG BLOGGER Edisi Kenangan Mengusik Jiwa

HIDUP SEORANG BLOGGER Edisi Kenangan Mengusik Jiwa

HIDUP SEORANG BLOGGER merupakan sesuatu yang sangat menyenangkan bagi seseorang yang mempunyai blog seperti aku. Blog diumpamakan sebagai sebuah diari atas talian di mana kita bebas untuk menulis apa sahaja yang timbul di benak dan fikiran kita. Jauh di denai hati aku ini, timbul perasaan untuk memberi penghargaan kepada blog pertama aku yang tidak seberapa ini, sebagai tanda betapa aku menghargai kewujudan blog  Bluedianthus yang kini telah menjadi sebahagian daripada hidup aku. 


HIDUP SEORANG BLOGGER mula menjadi rutin dalam kehidupan harian aku pada 11 Mac 2009. Tarikh yang melayakkan aku digelar sebagai seorang blogger. Sungguh gembira rasa di hati. Pada ketika itu aku masih belum lagi menggunakan custom domain seperti sekarang ini. Teringin juga aku untuk menukarkan platform blogspot ini kepada Wordpress, tetapi mungkin aku sudah sebati dengan layout blogspot ini, jadi aku biarkan saja. Mungkin akan terdapat  sedikit kekurangan dari segi pengoptimasian SEO, peningkatan Alexa Rank dan juga PageRank, tetapi tidak mengapa kerana dulu, corak dan gaya penulisan aku pada ketika itu juga lebih bersifat kepada penceritaan hidup peribadi dan aktiviti seharian aku. SEO, Alexa Rank, Page Rank, Compete Rank cukup asing bagi aku pada ketika itu. Jadi kalau semua aspek ini jauh ke laut bagi aku pada masa itu pun tidak mengapa, kerana niat di hati hanya ingin mengabadikan memori kehidupan seharian aku.

Istilah HIDUP SEORANG BLOGGER ini muncul dalam kamus hidup aku semasa aku baru sahaja meneruskan pengajian aku di peringkat Master dalam bidang Teknologi Maklumat. Pun demikian, blog ini tidak begitu aku ambil berat kerana kesibukan aku menjadi tutor untuk mengajar pelajar First Degree. Lagipun, pada aku blogging ini sekadar untuk mengisi masa lapang dan tidak terdapat exposure daripada blogger yang lain. Pada masa ini, aku langsung tidak kisah samada blog aku ini akan dibaca ataupun tidak.

HIDUP SEORANG BLOGGER bersifat fleksibel dan sangat enjoy, ini keadaan yang sangat aku suka. Kalau ada mood nak menulis, aku akan menulis. Aku masih ingat lagi blog ini dulunya menggunakan dwibahasa iaitu bahasa yang aku gunakan sekarang untuk menulis entri hidup seorang blogger ini dan satu lagi bahasa yang dikenali sebagai Knowledge Language. Ya, bahasa Inggeris. Aku juga sedar pada ketika itu aku hanya menulis entri secara syok sendiri sahaja. Aku anggap begitu kerana walaupun tiada orang yang membaca entri yang aku hasilkan, tetapi ianya memberikan kelegaan dan rasa puas yang amat sangat setelah menekan butang "Publish Post". Rasa teruja, rasa gembira, semuanya bercampur baur bagi aku yang baru mula untuk menjalani HIDUP SEORANG BLOGGER.

Kini, setelah lebih setahun berlegar-legar dalam lingkaran HIDUP SEORANG BLOGGER, aku sudah semakin menemui rentak yang aku inginkan, iaitu menjadi blogger yang dapat memberi sesuatu pengajaran di dalam setiap entri. Ini adalah sebagai seruan daripada hati aku untuk memperbanyakkan lagi maklumat positif daripada maklumat negatif dalam dunia Internet yang tidak bersempadan ini. Terima kasih aku ucapkan kepada Denaihati yang sering memberi ruang kepada blogger baru seperti aku ini untuk terus berkarya dan memberikan yang baik-baik sahaja kepada blogger lain di luar sana. :)

p/s: Nantikan artikel seterusnya tentang HIDUP SEORANG BLOGGER 29 Ogos ini ya.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails