TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, August 1, 2010

Home » , » Hari pertama dalam bulan kemerdekaan a.k.a bulan Ramadhan

Hari pertama dalam bulan kemerdekaan a.k.a bulan Ramadhan

Sempena kehadiran bulan baru ini, Bluedianthus ingin mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan dengan penuh kesyukuran. Semoga kita tidak lagi dijajah dalam bentuk subjektif, pemikiran dan minda maksud aku. Kepada kawan-kawan yang beragama Islam, aku ucapkan selamat menunaikan ibadah puasa, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Selain itu, Bluedianthus juga nak wish Happy Friendship Day sedunia kepada semua rakan blogger dan pembaca di blog ini. Semoga persahabatan di antara kita semakin terjalin mesra. Walaupun kita tak pernah berjumpa di alam nyata, tapi aku gembira kerana bertemu ramai rakan yang seangkatan dengan aku sebagai blogger. Salam ceria dan semoga hujung minggu ini penuh keceriaan dalam hidup korang masing-masing. Hargai masa yang terluang bersama keluarga, kerana masa tidak boleh diundur walaupun sesaat...

p/s: Entri ringkas untuk hujung minggu ini. Sibuk sikit dengan kehidupan offline. Senyum selalu.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails