TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, August 21, 2010

Home » , » Contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER, bersama kita meriahkannya..

Contest SEO HIDUP SEORANG BLOGGER, bersama kita meriahkannya..

Mungkin aku adalah orang terakhir memberitahu korang bahawa cabaran Contest HIDUP SEORANG BLOGGER akan bermula pada keesokan harinya. Contest ini sememangnya sinonim dengan domain yang bernama Denaihati.

Denaihati, nama yang tak perlu aku perkenalkan dalam dunia blogging rasanya, kerana blog ini sememangnya sinonim dengan tagline: "Hidup Untuk Memberi".Sekiranya blog korang mempunyai PageRank 2 ke atas, bolehlah memeriahkan contest SEO ini. Esok adalah tarikh untuk menyiapkan entri pertama. Masih ada masa untuk mencuba. Aku pun akan cuba menerbitkan entri esok di samping berusaha menyiapkan laporan ringkas untuk research supervisor aku Isnin nanti.


Entri kali ini sebenarnya aku hanya ingin memberitahu mengenai contest hidup seorang blogger ini sahaja. Tetapi untuk memanjangkan sedikit entri ini, aku nak berkongsi mengenai prestasi Google Adsense aku. Hari ini aku telah memeriksa akaun Adsense aku, dan aku gembira kerana satu blog yang baru aku setup sebulan lalu sudah mulai memberikan hasilnya, $0.67 untuk 2klik. Mahal juga rasanya. Selalunya blog aku yang lain hanya akan dapat lebih kurang $0.05 untuk 1 klik. Agak mengujakan untuk aku yang baru bermula dengan Google Adsense. Sebenarnya aku telah mengemaskini niche blog aku sepanjang blog Bluedianthus ini berhibernasi . Daripada duduk diam, dapat juga sedikit hasil kan. Blog ini dah lama juga tak dikemaskini, hampir 3minggu rasanya. Google Adsense ini hanyalah sebagai percubaan aku dan tidak menjadi sesuatu yang serius untuk aku. Kalau ada adalah, kalau tak ada, tak apa..:)

Semoga hujung minggu korang berjalan dengan lancar. Di Sabah ni, musim hujan dan musim banjir jadi kena berhati-hati walau di mana jua berada..

p/s: Tak tahu nak terbitkan mengenai apa untuk Contest HIDUP SEORANG BLOGGER ni...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails