TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, August 27, 2010

Home » » Boleh senyum sikit tak?

Boleh senyum sikit tak?

Hari ini merupakan hari Jumaat yang terakhir dalam bulan kemerdekaan ini. Cepat sungguh masa berlalu kan. Pantas dan cepat seperti komet. Aku pun rasa baru kelmarin 1 Ogos bermula. Selalu aku mesti akan rasa macam tu. Tapi tak mengapa, itu memang sudah lumrah alam dan masa tidak akan menunggu kita. Ni nak tanya ni, dalam bulan ni adakah kita banyak tersenyum atau bermasam muka? Kalau masam je muka tu, cepat tua la jawapnya...opppsss.. hehe..Hari ini aku tak bagi korang baca panjang-panjang, cukuplah kalau korang tersenyum dan senyum kat blog aku ini..terima kasih.. :)


Senyuman yang ikhlas boleh dirasai oleh setiap orang yang melihat. Jangan fikir orang lain tak tahu. Mereka tahu tapi mereka mungkin sengaja tak nak bagitau ataupun tak nak ambil tahu. Yang penting senyuman perlulah dibalas semula. Kalau tidak orang kata kita sombong pula. Tak naklah macam tu. Manfaat senyuman sangat luar biasa dalam semua perkara. Senyuman wanita kat atas ni pun aku rasa cair lelaki yang melihatnya..confirm..:) Tak lupa aku nak ucapkan Happy Belated Women's Day pada 25hb Ogos baru-baru ini, termasuk aku..hehe.. Untukmu wanita, senyumanmu amat berharga..Untukmu lelaki, usahlah ego sangat untuk tersenyum..
Senyuman memberikan kita keyakinan dalam kerjaya yang kita usahakan



Senyuman juga memancarkan kebahagiaan dan keharmonian dalam keluarga



Senyuman membolehkan kita mengekpresikan diri kita



Senyuman memberikan kekuatan kepada kita untuk meneruskan sisa hidup yang ada



Senyuman juga memberikan sinar harapan untuk mereka yang memerlukan



Senyuman mengeratkan jalinan persahabatan sesama kaum



Senyuman juga memberikan kehangatan kasih sayang..


Senyuman mampu mencipta perhubungan yang berkekalan

Sekarang, tidak ada alasan lagi untuk tidak tersenyum.. Kalau tak mampu beri sedekah pun tidak mengapa.. Kita masih lagi mampu bersedekah dengan cara yang paling murah...iaitu dengan SENYUMAN. 

p/s: Selamat berhujung minggu aku ucapkan untuk semua rakan blogger dan pembaca blog ini.. Semoga ceria dan senyum sokmo..:)
p/p/s: HIDUP SEORANG BLOGGER juga memerlukan kita untuk selalu tersenyum..:)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails