TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 2, 2010

Home » , » Blogger yang tersepit

Blogger yang tersepit

* Entri pada Isnin pertama di bulan Ogos ini istimewa sikit. Entri ini diterbitkan hasil cetusan idea bersahaja daripada seorang blogger tegar Rohaizad. Idea untuk kandungan entri ini juga hadir dengan sendirinya dan tidak berniat mengenakan mana-mana pihak yang berkenaan. Pendek kata, entri ini bersifat atas pagar okies. Buka minda, positifkan diri. :)

Sepanjang bergelar blogger yang tak seberapa ini, aku melihat perkembangan dunia blogging di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat drastik. Banyak blog tumbuh bagaikan spora cendawan selepas hujan. Namun, terdapat 3 perkara mengenai blogger-blogger di Malaysia ini yang membuatkan aku berfikir adakah mereka "tersepit" atau "menyepitkan" diri mereka sendiri.

1: Blogger yang tersepit di antara dua platform popular, Blogspot dan Wordpress.
Bila orang bertukar platform daripada Blogspot ke Wordpress, dia pun beria-ia nak tukarkan blognya kepada Wordpress. Cepat dapat duit katanya, sebab boleh bermain dengan SEO. Tapi SEO tu belum tahu lagi apa bendanya. Padahal belum lagi mencari maklumat dengan secukupnya mengenai platform Wordpress, bagaimana nak memindahkan data-data daripada Blogspot ke Wordpress. Macam mana nak membeli hosting dan domain. Macam mana nak upload fail ke FTP. Semuanya nak cepat, cepat dapat duit fikirnya. Tapi maklumat belum cukup tepat, di pertengahan jalan, sebab tak cukup ilmu, tersepit dan dilema dengan dua platform ini.

Renungan: Jangan terikut-ikut dengan orang lain. Level dan pemahaman tentang sesuatu perkara tak sama.  Cukupkan ilmu terlebih dahulu..cari, baca, buat, baca, buat, tanya...buat...dan seterusnya...dan seterusnya...Paling penting, berblogging biarlah perlahan-lahan, duit akan datang sendiri.. :)

2. Blogger yang tersepit di antara entri informasi dan kontroversi sensasi.
Sebab nak dapat trafik mencanak-canak katanya, barulah duit pun laju berdesup masuk. Maka, dibuatnya entri yang mengaibkan orang lain, sekali dengan gambar-gambar yang tidak molek dipandang. Katanya, nak berkata sesuatu mesti ada buktinya...kononnya.. Akhirnya blognya yang dulu memberikan banyak informasi berguna sebagai rujukan kepada pencari maklumat, telah bertukar menjadi tempat untuk menceritakan cerita sensasi yang tidak baik tentang orang lain. Nak buat entri yang tak kontroversi, takut trafik jatuh menjunam, merundum. Tersepit lagi!! Aduh!


3. Blogger yang tersepit di antara dunia online dan offline.
Hujung minggu, kawan ajak reunion, saja nak mengeratkan silaturahim. Nak mengimbau kisah lama semasa persekolahan, nak bertanya khabar. Aku sibuk.. katanya... Minggu depan pun tak boleh, aku ada kerja nak buat. Aku betul-betul tak dapat, aku sibuk sepanjang minggu..katanya... Cuti sekolah, anak ajak pergi ke Zoo, sebab lama tak keluar bersama-sama satu keluarga. Ala, zoo tu nanti-nantilah kita pergi, banyak masa lagi ni...katanya.. Cuti umum, pasangan berkata, lama kita tak keluar makan malam berdua. Ala, kan hari-hari berdua juga kat rumah ni...dah buang tabiat ke apa ni? Katanya... Tanpa sedar, dia telah "tersepit" di antara kehidupan maya dan kehidupan sebenar. Tanpa sedar, mungkin ramai orang sudah terkilan dengan perbuatannya. Oh tidak!

Renungan: "2 dunia" ini akan lebih indah jika pandai membahagi masa dengan baik.. :)

Sebenarnya, setelah menyiapkan entri ini aku juga mengalami fenomena "blogger yang tersepit", hehe.. Dalam dilema samada nak menerbitkan entri ini atau tidak. Maklumlah takut akan mengganggu ketenteraman awam. Tapi aku gagahkan diri juga untuk menekan butang "Publish Post". Entri ini juga sebenarnya menjadi satu peringatan buat aku supaya aku tidak tersasar daripada landasan sebenar berblogging. Semoga bermanfaat, andai terkasar bicara, maafkan khilaf ku..

Artikel Sebelumnya: Hari pertama dalam bulan kemerdekaan a.k.a bulan kemerdekaan.

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails