TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, August 30, 2010

Home » , » Blogger yang terkentut

Blogger yang terkentut

Kerja rumah yang diberikan oleh "cikgu" Rohaizad kali ini memang aku tidak punya banyak idea nak tulis. Aku ni tak pandai nak buat lawak, aku yang gelak sorang-sorang adalah, hehe.. Apapun, aku akan berkongsi 2 kisah untuk tajuk entri kali ini. Hari Isnin ni mulakan kerja dengan senyuman okies..barulah rezeki murah. :)


Kisah 1:. Pada satu petang, aku serta adik beradik aku yang lain berkumpul dalam suasana yang agak santai. Maklumlah di hujung minggu. Kemudian salah seorang adik aku bertanya secara spontan kepada daddy (nama panggilan ayah kesayangan kami). Lebih kurang macam ini lah soalan tu (Nota: perbualan versi Sabahan).
"Dad, 6 bulan pertama perkahwinan daddy dan mummy, mummy pernah terkentut ka? 
"Aish, balik-balik dia kentut itu..bila-bila masa dan di mana jua..Bulan pertama kahwin pun sudah terkentut. Kuat lagi tu..", jawab daddy..
Apalagi, pecahlah derai ketawa kami semua. Mummy pun turut ketawa sama.

Kisah 2:
Sewaktu aku belajar di Semenanjung nun, aku tinggal serumah dengan beberapa orang kawan aku ni. Kami ini memang suka bercerita dengan kisah kehidupan masing-masing. Maklumlah, semuanya berasal dari negeri yang berlainan. Ada yang datang dari Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Terengganu, dan Kelantan. Paling payah nak faham slanganya ialah dari Kelantan. Slang paling mudah aku nak faham orang Melaka. Paling susah nak sebut perkataan Negeri Sembilan (tak pandai nak sebut perkataan "negeri" dalam slang Negeri Sembilan). Slang Pahang ok sikit sebab kaya dengan huruf "O". Kalau slang Terengganu pula, banyak huruf "G". Johor pula dengan slang "ek" kat belakang ayat. Dijadikan cerita, ada satu masa kami berkongsi slang dan intonasi bahasa negeri masing-masing. Aku tak berapa ingat apa yang kami bualkan hingga mengundang ketawa yang panjang. Ada yang ketawa sampai keluar air mata lagi. Sampai seorang kawan aku, tiba-tiba bersuara cemas, "Alamak...". Kami terdiam seketika. Dia menyambung "..terkentut pula. Nasib baik kat umoh.." Kami ketawa lagi. Akibat terlalu banyak ketawa, kawan aku yang seorang ni terlepas gas pemedih hidung...haha..

Ok, sekian lah entri blogger yang terkentut kali ini. Kawan aku yang terkentut tu aku tak tahulah ada blog atau tidak. Sudah lama aku tidak mendengar khabar dari dia. Nombor handphone pun dah bertukar. Aku harap dia sentiasa sihat kat Semenanjung nun. Harap-harap dia tak marah kalau dapat baca entri ini. Lagipun, namanya dirahsiakan..:)

p/s: Ceria-ceria selalu di hari Isnin ni. Salam kemerdekaan untuk semua!


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails