TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 12, 2010

Home » » Bagaimana blogger terus menulis?

Bagaimana blogger terus menulis?

Pernah tak korang membaca buku yang telah memenangi hadiah Nobel Prize bertajuk "The Old Man and The Sea"? Kalau tak pernah pun mungkin pernah dengar? Ataupun korang pernah melihat kisah dalam buku ini difilemkan? Tetapi, cerita dalam buku ini bukanlah isu yang ingin Bluedianthus ceritakan kerana aku bukanlah seorang yang pakar dalam bidang filem dan drama. Kalau nak bagi pendapat picisan tu, boleh la..hehe..


Penulis buku tersebut ialah Ernest Hemingway. Sepanjang hidupnya, beliau merupakan seseorang yang amat suka menulis. Aku tertanya-tanya juga bagaimana beliau boleh menjadi konsisten seperti itu. Bidang penulisan buku sememangnya lebih serius berbanding dengan penulisan sebagai seorang blogger. Walaupun plot cerita bagi kisah dalam sesebuah buku boleh dicipta mengikut kreativiti penulis sendiri, tapi gaya bahasa lebih kepada bahasa aras tinggi. Huhu..aku harap korang faham apa yang aku cuba nak sampaikan ni.

Persoalannya di sini, bagaimana blogger terus menulis? Bagi aku, pertama sekali ialah niat kita untuk berblogging. Kalaulah kita berblogging sekadar untuk mendapatkan keuntungan serta merta daripada blog, kita mungkin tidak akan kekal lama dalam arena berblogging. Kebanyakan penulis bestseller menulis buku untuk kepuasan dirinya dan bukan berdasarkan keuntungan semata-mata. Siapa yang tidak tahu J.K Rowlings kan? Seorang penulis buku pengembaraan Harry Potter sehingga kini. Rowlings terlebih dahulu menulis dan tidak pernah menyangka karya beliau akan menjadi perhatian dunia. Apatah lagi setelah bukunya itu difilemkan. Sedikit aplikasi dalam dunia blogging, berblogginglah untuk kepuasan diri. Kepuasan diri dari segi apa? Mungkin boleh pertimbangkan 3 aspek ini.

1. Berkongsi ilmu. Mungkin tahap pemahaman kita terhadap sesuatu lebih sedikit daripada orang lain. Apa salahnya menyebarkan ilmu melalui blog. Sebagai contoh, entri seperti tutorial sangat-sangat membantu mereka yang masih baru dalam dunia blogging. Tetapi perlu diingat, berkongsi ilmu juga ada batasnya, ilmu yang dikongsi itu sebaik-baiknya adalah yang membawa manfaat. Lebihkan maklumat positif daripada maklumat negatif.

2. Bersahabat. Memang sesuatu yang mengujakan apabila mampu berkomunikasi secara dua-hala dengan mereka yang tidak pernah kita jumpa secara nyata. Contohnya, sapaan para bloggers di Chatbox dan juga sesi berbalas-balas pantun komen di ruangan entri. Ini juga salah satu sebab blogger akan kekal menulis kerana berasa penulisan mereka dihargai. Secara tidak langsung kita sebenarnya sedang membina satu rangkaian blogger untuk jangka masa panjang.

3.Menasihati. Sesiapa pun memerlukan teguran dan dorongan a.k.a bimbingan untuk terus cemerlang dalam sesuatu perkara. Sama juga dalam dunia blogging. Blogger juga memerlukan komen membina daripada blogger yang lain untuk terus maju dalam dunia blogging. Bagaimana nak nasihat? Kan dunia maya ni? Memberikan nasihat melalui blog adalah salah satu cara yang paling "halus" kerana entri yang dihasilkan tidak bersifat "direct-pointing" ataupun tertuju secara terus kepada mereka yang melakukan kesilapan. Maksudnya, siapa yang terasa cili, dialah terasa pedasnya. 

Ringkasan: Betulkan niat dalam berblogging. Berblogging sememangnya memberikan kepuasan. Secara spesifiknya, Bluedianthus akan berasa puas sekiranya dapat berkongsi ilmu melalui artikel yang dihasilkan, bersahabat dengan blogger lain dan juga saling mendorong dan menasihati untuk menjadi insan yang lebih baik. Semoga korang dapat terus menulis untuk dunia blogging kerana ianya mungkin menjadi rujukan di suatu masa nanti. Mudah-mudahan...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails