TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, August 13, 2010

Home » » Adakah kita blogger yang bermotivasi?

Adakah kita blogger yang bermotivasi?

Ada apa dengan motivasi? Kerana motivasi adalah asas setiap perkara luar biasa yang berlaku. Ingin belajar untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan, motivasi perlu ada. Nak jadi pekerja yang cemerlang, motivasi perlu ada. Bercita-cita untuk mencapai kebebasan kewangan sebelum umur 40 tahun, motivasi perlu dijana. Semuanya memerlukan motivasi. 


Memang ada benarnya, motivasi sahaja tidak cukup mampan untuk kita merealisasikan sesuatu. Ianya memerlukan usaha yang berterusan sambil memohon dengan tulus ikhlas kepada Yang Maha Kuasa. Teringat aku tentang satu buku yang aku baca:
"I can achieve anything when I set my mind, my heart dan body for it.. " ~ Kata-kata ikhlas daripada Datuk Lawrence Chan Kum Peng, juga seorang pakar motivasi
Motivasi juga berkaitan dengan perubahan habit ataupun kebiasaan yang diubah daripada sesuatu yang kurang baik kepada kebiasaan yang lebih baik. Motivasi memberi rangsangan kepada minda dan memberi satu set fikiran apa yang perlu dilakukan pada hari sekian sekian.. Contohnya, hari ini kita sangat malas hendak mengemaskini blog kita, tetapi ada satu motivasi dalam diri yang merangsang kita untuk menulis sesuatu. Bagi aku, motivasi untuk aku terus menulis adalah dengan tujuan memberikan sesuatu yang boleh diaplikasikan oleh orang lain. Maka, terciptalah satu entri yang tidak seberapa ini pada hari ini. 

Aku pun seperti blogger lain juga, ada masa akan berasa sedikit malas dan kadang-kadang rasa nak biar je blog ini bersawang. Jujur aku katakan, banyak blog aku yang lain sudah lama tidak berupdate dek kesuntukan masa. Apapun, itu mungkin sebahagian daripada asam garam berblogging. Mungkin juga aku belum mendapat rentak yang konsisten dalam dunia blogging. :)

Hujung minggu bakal menjelma lagi dengan sedikit kelainan. Ya, iaitu berpuasa di hujung minggu. Banyak perkara berfaedah yang boleh dilakukan sepanjang hujung minggu ini. Dan yang lebih afdal lagi ialah kegiatan yang memberi pahala berganda. Selamat berpuasa aku ucapkan dan terima kasih kepada mereka yang mengucapkan selamat berpuasa kepada aku. Aku hanya mampu mengucapkan terima kasih kerana aku bukanlah seorang muslim. Mungkin ada yang keliru dengan nama sebenar aku. Aku sudah lali sejak kecil lagi..hehe..Senyum selalu dan semoga bergembira bersama keluarga tersayang aku ucapkan untuk korang semua..:)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails