TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, August 5, 2010

Home » » 5 Tips motivasi dalam berbelanja

5 Tips motivasi dalam berbelanja

Tak sampai seminggu lagi kaum Melayu akan mula berpuasa. Semoga tubuh badan korang sihat walafiat sepanjang bulan puasa nanti. Banyakkan beramal, mesti pahala pun banyak kan. Walaupun aku bukan beragama Islam, tapi  aku tahu kebaikan berpuasa. Dulu waktu kat Semenanjung nun, 3 tahun tu juga la aku dapat merasai puasa bersama-sama dengan kawan-kawan aku di sana.. Masa nak hampir berbuka, masa tu paling best sebab dapat pergi membeli makanan di baazar Ramadhan. :)


Baiklah, di sini aku nak kongsikan beberapa tips yang tak seberapa untuk perkongsian bersama. Tips ini bukanlah panduan profesional dan mungkin tidak sesuai diaplikasikan oleh sesetengah individu. Jadi kalau ada yang tak sesuai, ampun maaf dipinta. 

Tips 1: Duit kita, titik peluh kita. 
Ramai...aku ulang sekali lagi, ramai di antara kita yang kurang menghargai titik peluh sendiri dan membelanjakan wang dengan sesuka hati. Pantang nampak Mega Sales, jualan Durian Runtuh, jualan tak boleh lepas, jualan musim perayaan, jualan hujung minggu, dan macam-macam lagi jenis jualan yang diadakan. Tidak salah berbelanja, tapi kenalah ukur baju di badan sendiri kan. Kalau melebihi bajet, meranalah badan di hujung bulan.

Tips 2: Bezakan keperluan dan kemahuan.
Ini ramai yang tahu, tapi kalah dengan tuntutan nafsu untuk membeli. Orang lain nak beli kereta baru, dia pun nak beli kereta baru. Tak nak kalah dengan jiran tetangga yang lain. Orang lain beli set sofa baru, dia lagilah nak beli set sofa yang lebih grand dan berjenama. Walhal set sofa di rumah masih dalam keadaan yang baik, baru beli setahun lepas. Ini keperluan atau kemahuan? Fikirlah sendiri. Keperluan didahulukan, kemahuan jangan diutamakan. Kemahuan tu kalau tak ada pun tak mengapa. Bila dan mampu nanti, belilah tak kisah. :)

Tips 3: Sedekah kita, berkat kita.
Jangan tunggu sampai jadi kaya-raya baru nak bersedekah. Kita yang hidup dalam kesederhanaan sudah mampu untuk bersedekah seringgit dua kepada mereka-mereka yang memerlukan. Jangan pula membeli-belah tak kedekut, tapi nak bagi seringgit dua untuk orang kurang upaya pun payah. Tak payah nak tunggu hari perayaan tertentu baru nak mula bersedekah. Bila-bila pun kita boleh bersedekah. Apa yang lagi best, orang kebanyakan macam kita yang bersedekah ni, pihak media tak tahu, jadi berkat yang kita dapat pun tersembunyi. Bak kata pepatah, tangan kanan memberi, tangan kiri tak tahu. Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima. Sekarang ni, nak derma online pun boleh. :)

Tips 4: Duit yang dibelanjakan dengan penuh bermakna.. 
Bagi Bluedianthus, duit yang dibelanjakan dengan penuh bermakna ialah apabila kita menggunakan duit yang kita ada untuk membelikan sesuatu kepada insan yang kita sayang. Oh, jangan silap fikir! FAMILY! Yup, keluarga. Sesekali, membelikan hadiah ataupun cenderahati kepada keluarga sempena hari lahir mereka, ulangtahun perkahwinan ibubapa, apa salahnya kan. Ini bukan lagi diletakkan dalam 2 kategori sebelumnya. Pemberian ini bukanlah keperluan ataupun kehendak, tapi lebih kepada ehsan ataupun tanda terima kasih kita, tanda rasa sayang kita kepada keluarga. Hmm...kalau nak beli untuk teman lelaki atau teman wanita pun bolehlah..tapi itu sudah masuk dalam senarai yang lain..hehe.. 

Tips 5: Penghargaan terhadap diri. 
Lihat balik tips pertama tadi. Duit kita, titik peluh kita. Belikan sesuatu untuk menghargai titik peluh kita mendapatkan duit tersebut. Ini juga boleh jadi satu pemangkin dalam diri kita. Ia seakan satu "booster" untuk kita terus cemerlang dalam melakukan kerja. Jangan kedekut dengan diri sendiri.






ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails