TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 22, 2010

Home » , » Wawwi GengBlogWalking mengganas lagi..

Wawwi GengBlogWalking mengganas lagi..

Nampaknya widget Wawwi GengBlogwalking di blog semakin banyak aku nampak semasa sesi menjelajah blog di Malaysia khususnya. Semasa menjelajah REF pada blog Rollens, terdapat seorang daripada REF rollens adalah dari luar negara. Tak percaya? Blog itu ialah Procesos (dikenali sebagai Processes dalam bahasa Inggeris) dan nama pemiliknya ialah Julio. Jangan risau, Google Translator disediakan dalam blog tersebut, :) Tahniah kepada WMB kerana berjaya menarik perhatian orang dari luar negara. Cuma mungkin dia takkan dapat la masuk cabaran ini kan. Tak apalah, yang penting ada trafik masuk ke blog beliau.


Tahniah aku ucapkan kepada pemilik Wawwi Matrix Blogwalking (akan ditulis sebagai WMB selepas ini) ini kerana masih lagi sempat membangunkan sistem yang bagus kerana mempunyai pendekatan serampang dua mata iaitu, menambah trafik dan mengumpul mata untuk menebus ganjaran yang bakal diberikan selepas sistem ini siap dibangunkan sepenuhnya. Setakat ini, seramai 7 orang telah menjadi REF di bawah Bluedianthus dengan senarai network sebanyak 569 (setakat entri ini ditulis). Walau bagaimanapun, masih ada yang belum meletakkan widget WMB di blog mereka masing-masing. Bluedianthus ada menyediakan tutorial memasang Widget WMB ini pada bulan lalu. Boleh la baca tutorial tersebut ya sekiranya korang masih blur dengan widget WMB ini. Semoga membantu.

Cabaran 2 dan 3 telah pun diumumkan pada Isnin lepas dengan beberapa tawaran menarik dan pasti mengujakan korang semua termasuk aku:

CABARAN 2

Cabaran 2 akan mulai berlangsung pada Ogos ini. Sementara menanti bulan Ogos, bulan kemerdekaan ini, bagi blogwalker yang mencapai top blogwalker yang mempunyai mata ganjaran (points) tertinggi dengan minimum 100,000 mata ganjaran akan memperoleh:-

- RM100.00 tunai terus ke Akaun Bank korang.
- Juga akan menerima 1 slot banner 125×125 di sidebar blog ini
- 50 000 mata untuk Anchor Ad di widget (ia terletak di sebelah atas sekali pada senarai blogger).

Selain daripada itu, 3 top blogwalker yang layak & terpilih pula akan menerima:

- 1 slot banner 125×125 masing-masing di sidebar blog ini dan
- juga 30 000, 20 000, dan 10 000 mata masing-masing.

Jadi blogwalkinglah pada list korang dan juga pada list downline blogwalker (bertanda REF) untuk mengumpul mata ganjaran sebanyak yang boleh.

Cabaran ini sehingga 31 Julai 2010 sebelum jam 11.59 PM.

Bagi blogwalker yang sudah mendaftar tetapi tidak memasang widget di blog, aku galakkan untuk memasang semula. Rugi besar tu.. Joinlah contest ada untung dapat duit free kan. 

CABARAN 3
Seperti mana yang korang lihat pada gambar di atas:
- 1 BlackBerry 9700 untuk dibawa pulang kepada top blogwalker bertuah.
- 3 Bulan Iklan banner bersaiz 125×125, 468×60 di blog dan widget
- 1 Juta mata untuk iklan Anchor Ad

Cabaran 3 ini berlangsung sehingga 31 Disember 2010 sebelum jam 11.59PM waktu Malaysia dengan minimum mata ganjaran diperlukan ialah 5 juta mata, Top Points tertinggi. Yang dapat 5 juta mata mungkin nak bagi special reward (sabar, akan ada UPDATE juga nanti). Mesti ada yang boleh jumlah capai mata sebanyak ini sebab sangat mudah untuk mendapat mata melalui widget WMB ini. Sesiapa sahaja klik dan blogwalking anda dapat mata ganjaran..  

Mulakan aktiviti jejak menjejak anda melalui Widget Wawwi Matrix BlogWalking ini dan teruskan berjuang mendapatkan sebanyak mungkin downline blogwalker. Hal ini kerana semakin ramai downline blogwalker anda, lebih cepat dan mudah untuk korang mengumpul jumlah mata.

Seperti biasa, bagi blogger-blogger yang berminat untuk menghebahkan contest ini semudah copy paste ke artikel blog anda, dan kemudian sila tinggalkan jejak artikel anda di komentar. Anda bakal menerima:-

1 lebar dan 1 kedalaman list widget anda.
5000 mata ganjaran
Tempoh diperlukan untuk mengkreditkan mungkin sehingga 7 hari bekerja dan jika blogger sebelum ini masih belum mendapat jumlah kredit, ia mungkin kerana pemilik WMB dan team GengBlogWalking terlepas pandang. Ia akan dirujuk semula selepas ini. Jangan risau, aku pasti mereka akan respon dengan cepat.

Oh ya, ada yang bertanya beberapa persoalan. Macam-mana untuk mendapat duit melalui widget ini?
Jawapannya: Apabila widget ini telah selesai sepenuhnya dibangunkan dan telah wujudnya sistem untuk blogger sesama blogger boleh beriklan di widget ini secara automatik. Jual beli mata ganjaran akan berlaku dan di sini anda semua boleh buat duit. Apa pun mata ganjaran memain peranan utama. No points, No money ..

SPONSOR

Cabaran 3 di sponsor oleh VTopLeader.com – Kita Sama-Sama Lumayan!


Menurut apa yang aku tahu, perniagaan Vemma ini mendapat liputan meluat di dada akhbar. Jadi sesiapa yang serius menjalankan perniagaan ini, tidak mustahil korang boleh mencapai kejayaan yang korang inginkan. Yang penting, berusaha dan sabar. 


Blogwalking adalah cara manual yang memberi manfaat untuk semua. Bagi aku, aku dapat mengetahui apa cerita yang ada di entri terbaru setiap blogger. Apalagi, sementara menaikkan trafik di blog dapat juga mencuba untuk hadiah yang ditawarkan. Jom blogwalking sekarang juga, atau korang akan ditinggalkan.. :)


Artikel Sebelumnya: Kesabaran dalam kepayahan...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails