TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 1, 2010

Home » » Slot iklan banner dibuka untuk tempahan sekarang..

Slot iklan banner dibuka untuk tempahan sekarang..

Entri petang sementara menunggu traffic jam reda di kawasan kampus Universiti Malaysia Sabah (UMS) ni. Hujung minggu ini merupakan pendaftaran pelajar baru yang bakal bergelar siswa dan siswi. Adik aku yang baru menamatkan pengajiannya di Kolej Matrikulasi Labuan pun akan turut sama mendaftar. Sementara seorang lagi adik aku telah berhenti daripada pengajian Matrikulasinya kerana mendapat tawaran memasuki Maktab Perguruan di Institut Perguruan Gaya (IPG), Sabah juga telah mendaftar pada hari Isnin lepas. Orang yang paling sibuk adalah Daddy dan Mummy aku yang tersayang. Aku rasa mereka lagi lagi risau berbanding dengan adik-adik aku ni. hehe... Apapun, aku bangga dengan pencapaian kedua orang adik aku ni. Adik bongsu aku pula akan menghadapi peperiksaan PMR tahun ini. Oh, kalau nak berkenalan dengan keluarga Bluedianthus, boleh je tengok entri pra-pengenalan keluarga Bluedianthus yang eksklusif tu ye..hehe..


Ok, berbalik kepada tajuk di atas, korang sudah boleh menempah slot untuk beriklan di ruangan sidebar blog ini. Kerana tempoh ruang iklan percuma seminggu kepada banner yang ada di sebelah ini akan tamat pada jam 12 tengah malam ini dan akan digantikan dengan banner yang baru. Harga untuk beriklan ialah RM5.00 sebulan, dan aku memutuskan hanya akan menaikkan harganya kepada RM10.00 sebulan setelah PageRank blog ini mencapai PR3. Tapi nak dapat PR 3 ni tak tau la pula bila akan dapat kan. Ada rezeki takkan ke mana.. :)
Tempahan iklan dibuka sekarang, RM5.00 sebulan.

Berita gembira untuk blog ini ialah, satu slot iklan telah pun ditempah dan banner tersebut akan dipaparkan juga pada tengah malam ini. Bayaran telah pun dilakukan dengan pantas dan profesional sekali. Terima kasih aku ucapkan kepada beliau kerana sudi beriklan di blog ini.


RM5.00 yang pertama dan bermakna untuk ruangan iklan banner berbayar

Syarat-syarat untuk beriklan banner berbayar Bluedianthus:
1. Saiz banner mestilah 125 X 125 pixel sahaja (p/s : animated banner rasanya lebih cun untuk menarik trafik berganda.. :) )
2. Banner tidak mempunyai unsur-unsur lucah, bukan skim cepat kaya, bukan judi, dan yang berkaitan.
3. Link affiliate juga diterima. (p/s: Sesiapa yang menggunakan sistem cloaking, aku tidak bertanggungjawab sekiranya ianya mempengaruhi komisyen yang korang dapat)

*Tips penting: Peratus banner korang diklik adalah lebih tinggi sekiranya iklan tersebut mempunyai banyak persamaan dengan entri yang diterbitkan pada entri-entri sebelumnya. Contohnya, blog ini banyak menerbitkan entri mengenai Paypal, jadi sekiranya korang mengiklankan link affiliate seperti Panduan Asas Paypal keluaran Smartzul, kebarangkalian untuk mendapat komisyen akan lebih besar.

Ok, itulah kenangan manis Bluedianthus pada 1 Julai 2010 ini, rezeki blog yang baru setahun ditubuhkan, dan baru 6 bulan aktif dengan selitan entri baru hampir setiap hari. Sesiapa yang yakin dengan kemampuan ataupun potensi blog ini dalam memberikan pendapatan mahupun trafik kepada web/blog korang, boleh la iklan di blog ini.  hubungi aku samada melalui email ataupun YM di talian hayat ini pada bahagian contact.  :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails