TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, July 19, 2010

Home » » Senyuman di hari Isnin..

Senyuman di hari Isnin..

Senyum, satu perkara yang mudah dilakukan tapi ramai yang mengabaikan benda ni. Senyuman membawa seribu satu keceriaan dalam hidup manusia. Hari ni dah berapa kali korang senyum? 1 kali, 2 kali, 3 kali, berkali-kali? Apa, langsung tak ada? Kenapa? Sebab hari ini hari Isnin? Oh, jangan biarkan hidup korang diselubungi misteri simptom Monday Blues. Bangun je dari tidur, mesti senyum dan katakan pada diri sendiri. "Apakah perkara baik yang akan berlaku pada hari ini?" Setiap hari lakukan perkara ini. Mudah-mudahan aku dan korang menjadi orang yang suka memberi senyuman. Murah rezeki kata orang. :)


Tapi aku rasa korang hari ni mesti tersenyum juga selepas mengemaskini akaun Nuffnang korang kan. Maklumlah, setiap hari Isnin akan dapat update terbaru mengenai earning Nuffnang. Semoga earning korang membuatkan korang tersenyum dan makin bersemangat untuk memberi yang terbaik kepada pembaca blog korang. Hmm..sedikit informasi mengenai perkembangan iklan Nuffnang di blog Bluedianthus ini boleh korang lihat melalui gambar di bawah ini.
3 kempen masih berjalan buat masa ini

Kempen ke 12 dan 14 aku rasa tak lama lagi akan menjadi metered earning sebab aku tak nampak pun iklan itu melekat di blog aku semasa aku mengemaskini entri ini. Apapun, terima kasih kepada pihak Nuffnang kerana sudi lagi memberikan buffered earning kepada blog ini. 

Selain daripada itu, pemilik blog ini juga telah berusaha untuk mendapatkan backlink melalui pengetahuan asas yang diperolehi daripada Google. Masih sempat lagi untuk membina backlink sebelum PageRank dikemaskini. Aku juga baru perasan blog Warnnie Musah Dot Com telah diberikan PR2, padahal belum ada pengumuman rasmi bahawa PR telah diupdate. Mungkin blog itu juga mengalami fenomena yang sama seperti di blog Azuan Razi. Apapun, kita tengok dulu apa PR yang akan diberikan oleh pihak Google ok. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails