TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 7, 2010

Home » » [Review] Teknik killer membina senarai email

[Review] Teknik killer membina senarai email

Seperti yang dijangka, Belanda menempah tiket ke perlawanan akhir..tapi aku puji juga corak persembahan yang diberikan oleh pasukan Uruguay. Belanda menang tipis 3-2, silap-silap haribulan boleh kalah tu. Awal pagi esok aku harapkan Sepanyol akan menang dan berjumpa dengan Belanda untuk perlawanan akhir nanti. Oh, ini bukan kes Argentina yang dikalahkan oleh Jerman tempoh hari ok, hehe..


Hari ini, aku mengambil kesempatan untuk memberi review mengenai sebuah lagi ebook keluaran usahawan tempatan. Ebook Teknik Killer Membina Senarai Email ini merupakan produk terbaru yang bertujuan bagaimana membina senarai email untuk memasarkan produk kepada prospek yang berpotensi tinggi untuk membeli. Terlebih dahulu aku nak ingatkan bahawa entri kali ini lebih kepada mereka yang ingin menceburi bidang Internet Marketing, dan mungkin ada istilah yang kurang difahami. Seperti mana yang korang lihat di sebelah ruangan iklan, pemilik produk ini telah sudi beriklan di blog yang tak seberapa popular ini. Jadi review ini adalah tanda terima kasih aku kepada beliau. Di sini aku ringkaskan beberapa perkara yang bakal diajar dalam Ebook ini.

1. Ada '4 lubuk duit' yang akan korang lihat selepas mempelajari ebook ini.
2. 3 perkara yang perlu korang tahu untuk mula membina senarai email yang berkualiti dan mendapat respon   yang positif dengan segera!
3. Bagaimana korang boleh berjaya dan bersaing hebat dengan memiliki 'kunci kejayaan'
4. Pemberian ebook PERCUMA sudah TIDAK relevan? Terdapat teknik yang lebih berkesan selain memberikan ebook percuma kepada pelawat!
5. Miliki sistem autoresponder POWER dan HEBAT yang memenuhi kehendak korang dengan kos langganan yang murah. Serendah USD$0.00 hingga USD$19.00 sahaja! Rugi kalau korang tak tahu!
6. Mempelajari langkah demi langkah dan menguasai asas sistem autoresponder bagi meledakkan akaun bank korang setiap bulan!
7. 7 asas penulisan email yang efektif dan berkesan agar subscriber korang sentiasa kekal setia bersama-sama korang.
8. Belajar asas membina Squeeze Page dengan cara yang paling simple tanpa perlu pening kepala!
9. 16 teknik pemasaran yang berkesan yang akan membawa berpuluh-puluh pelawat mendaftar menjadi subscriber korang dan bertambah secara automatik pada setiap hari!
10. Menggunakan teknik Pay Per Lead untuk mengumpul email tanpa mengeluarkan kos untuk dibayar kepada setiap Affiliate. ZERO kos!
Secara jujur, no 9 dan no 10 belum lagi aku praktikkan..mungkin bila aku nak serius dalam bidang ini baru aku akan fikirkan. Jadi kepada korang yang berminat boleh dapatkannya di sini 

p/s:

Artikel Sebelumnya: Kesibukan underground di dunia online..



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails