TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 21, 2010

Home » » Relax la, janganlah stress sangat..

Relax la, janganlah stress sangat..

Hari ini hari Rabu.. Memanglah, siapa yang tak tau kan, hehe.. Hari ini sepatutnya hari yang produktif. Bluedianthus macam mana? Bluedianthus selesema hari ini. Kelmarin banyak kali meredah hujan. Tapi tak apa, siapalah yang tak pernah jatuh sakit kan. Sakit sikit-sikit tu kira ok la. Jangan sakit hati sudahlah.. Oh ya, entri ini sangat sesuai dibaca sebelum atau selepas makan tengahari..hehe..joking. :)


Sekarang ini, ramai sangat stress sebab harga minyak naik. Telinga aku ni sudah lali mendengar rungutan kawan-kawan. Taraf hidup semakin hari akan semakin meningkat. Itu memang tidak dapat dinafikan. Semua orang pun sedikit sebanyak akan terbeban juga dengan kenaikan harga minyak ini. Tapi, kerajaan dah laksanakan. Jadi sekarang apa yang perlu kita fikirkan adalah, "BAGAIMANA" dan bukannya "KENAPA".

Stress menjadikan diri kita berfikir melangkaui batasan fikiran kita. Stress ini dinamakan stress yang sihat. Stress yang sihat menjadikan kita lebih produktif kerana otak merangsang saraf motor kita untuk bertindak. Bertindak untuk mencari penyelesaian kepada masalah stress itu tadi. Apa yang aku cuba nak sampaikan ini ialah, stress memaksa kita berfikir di luar zon selesa. Contohnya, aku stress (baca: teringin sangat) nak dapat duit dollar Amerika, jadi aku tercari-cari maklumat macam mana nak dapatkan duit dollar. Selagi aku belum berhasil, aku takkan berhenti. Sebenarnya, aku sudah memaksa otak aku untuk bekerja. Padahal, bukan ada sesiapa pun yang paksa aku untuk mendapatkan matawang dollar. Aku sendiri yang bagi stress dengan diri sendiri...macamlah aku ni tak ada stress yang lain. (p/s: banyak tekanan tersirat, haha..)

Begitulah juga dengan kehidupan seharian kita, dengan sedikit tekanan a.k.a stress, prestasi kerjaya kita mungkin akan lebih baik di pejabat, di rumah, di mana-mana saja, tak kiralah samada bekerja sendiri ataupun tidak. Kerajaan menaikkan harga minyak (5sen pun duit juga tau) adalah satu bentuk stress sihat yang tersembunyi, supaya kita berusaha lebih gigih untuk mencari nafkah hidup. Jadi, stress itu sebenarnya satu latih tubi untuk kita semua. Selamat berdepan dengan bermacam jenis stress yang ada...hadapi stress dengan senyuman.. 

p/s: Life is empty without stress.. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails