TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 10, 2010

Home » , » Produk halal tanggungjawab bersama

Produk halal tanggungjawab bersama

Dulu waktu aku belajar di Semenanjung tanah air, semua kawan-kawan seperjuangan aku dalam mencapai cita-cita di menara gading adalah beragama Islam (teman serumah la katakan..). Aku senang dan suka berkawan dengan mereka ini sebab dengan mereka aku rasa selamat. Aku menolak untuk tinggal bersama dengan kawan-kawan perempuan yang berbangsa Cina bukan apa, kerana minda mereka mungkin sedikit terbuka mengenai pergaulan di antara lelaki dan perempuan dan mereka bebas membawa kawan lelaki mereka masuk ke dalam rumah. Walaupun tidak melakukan apa-apa di luar batasan moral, ini merupakan satu perkara yang agak menakutkan bagi aku.


Kenangan yang paling manis untuk aku ingat ialah sewaktu aku tertidur dan masa untuk aku pergi ke gereja telah sampai, kawan-kawan aku inilah yang mengejutkan aku untuk pergi ke gereja. Aku sedikitpun tidak rasa tersisih dengan perbezaan agama. Dan yang paling aku takkan lupa adalah selama 3 tahun aku menuntut di sana, selama 3 tahun itu jugalah aku merasai pengalaman berpuasa bersama mereka di bulan Ramadhan. Kadang-kadang aku yang teruja bangun sahur..hehe.. Semoga kawan-kawan baik aku, Elyana, Siti Norsilawati, Zeti Rihayu, Aishah, Norhashima, dan Zati Sulwani sentiasa sihat di Semenanjung nun. Rasa rindu pula dengan mereka ni. 

Masyarakat Islam sememangnya sinonim dengan istilah halal samada dalam pemakanan ataupun segala aspek kehidupan mereka. Sebagai sebuah masyarakat yang berbilang kaum di Malaysia, penghasilan Produk Halal Adalah Tanggungjawab Bersama samada kita beragama Islam ataupun bukan Islam. Kini permasalahan makanan halal bukan lagi menjadi suatu isu yang membimbangkan kerana satu lagi produk secara online telah diperkenalkan iaitu HPA Online Network. Produk HPA merangkumi Radix Chicken House, ayam organik yang tidak disuntik dan telah melalui proses yang dibenarkan oleh syariat Islam. Selain daripada tu,  produk kesihatan seperti ubat gigi, sabun mandi, minyak masak dan banyak lagi juga telah diperkenalkan selaras dengan hukum-hakam Islam. Jadi masalah halal bukan lagi halangan bagi masyarakat Islam.

Aku pun tak nak la cakap lebih-lebih sebab aku ni tak tahu sangatpun tentang isu ini. Dulu ada juga belajar tentang tamadun Islam ni (subjek TITAS kalau aku tak silap..). Apapun, baru-baru ini dilancarkan "The Global Halal MarketPlace MIHAS" dan ini merupakan salah satu inisiatif yang baik daripada kerajaan untuk mempromosikan produk halal di mata dunia. Aku rasa ini bagus juga, sebab mungkin ada di antara orang Melayu yang akan berhijrah ataupun melawat negara luar, dan mereka dengan mudah mendapatkan produk makanan berstatus halal dengan adanya kempen MIHAS ini, dan produk HPA ini adalah salah satu daripada penyumbang yang besar. :)

p/s: Entri ini diterbitkan sekadar perkongsian dan pandangan peribadi Bluedianthus...jika ada yang salah tolong perbetulkan.. :)

Artikel Sebelumnya: Mencari Designer untuk blog?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails