TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 20, 2010

Home » , » Penggunaan Paypal semakin berleluasa?

Penggunaan Paypal semakin berleluasa?

Sekiranya korang pengguna tegar Paypal seperti aku, pastinya korang akan mengambil tahu bahawa Kad MOL-Paypal baru-baru ini telah dilancarkan. Kad ini adalah jenis prepaid card. Korang boleh saja baca informasi yang sangat padat daripada saudara Smartzul. Ini sudah tentunya memberikan satu lagi reaksi positif daripada pengguna Paypal khususnya para usahawan Internet.

Bagi aku, ini merupakan satu perkembangan positif untuk menggalakkan rakyat Malaysia mempunyai akaun Paypal yang verified. Kalau nak beli barang-barang daripada Amazon, Ebay bukan lagi menjadi satu masalah yang besar kan. Semua urusan jualbeli menjadi cukup mudah dan teratur. Tapi aku nak ingatkan, kenalah berhati-hati juga semasa berurusniaga dengan sesiapa sahaja. Pastikan segala transaksi disimpan dan dijadikan sebagai bukti. Kalau nak buat dakwaan pun , sekurang-kurangnya ada juga bukti.

Setakat ini penggunaan Paypal aku tidak ada sebarang masalah dan aku harapkan sampai bila-bila pun tak akan jadi la. Mudah-mudahan. Bagi aku akaun Paypal ini salah satu nadi aku dalam bergelar seorang blogger newbie dalam dunia blogging antarabangsa (niche blog bahasa Inggeris). Lama lagi nak jadi macam problogger, Rohaizad. Maklumlah, nak cashout duit Paypal belum cukup lagi, kalau cashout juga kena penalti pula. Satu lagi yang aku perasan pada antaramuka akaun Paypal apabila aku memeriksa akaun aku,  aku dapati terdapat penambahan untuk kolum Order Status/Action iaitu "Issue Refund". 

Satu Join Venture yang memberikan pulangan menang-menang di antara pihak Paypal dan MOL, tidak lupa juga kepada para pengguna kad Prepaid MOL-Paypal. Tidak ada urusniaga yang tidak berpaksikan keuntungan, tetapi usahasama ini sangat menguntungkan ramai pihak, aku rasa idea ini berpotensi tinggi dan bakal menjadi ikutan beberapa syarikat lain yang mungkin akan membuat usahasama dengan Paypal. 

Sesiapa yang nak buka akaun Paypal dari A-Z, aku cadangkan produk terkini dan berkualiti, Panduan Asas Paypal, daripada Smartzul. Aku sudahpun mendapatkan buku ini, manalah tau ada benda yang aku terlepas pandang. Yang pastinya, ebook ini TERLALU lengkap. Siap dengan video lagi tu. Kalau aku yang buat panduan begini, paling kurang pun aku akan letak harga RM50 ke atas. Saudara Smartzul, cepat naikkan harga..hehe.. Boleh baca entri mengenai testimonial a.k.a review Panduan Asas Paypal yang aku tulis untuk korang mendapatkan sedikit gambaran ringkas tentang produk ini.

p/s: Dollar semasa, $1 = RM3.221, hold dulu sampai matawang naik. :)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails