TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 13, 2010

Home » , » Peluang sentiasa terbuka..

Peluang sentiasa terbuka..

Nampaknya aku terlupa setiap hari Isnin aku harus mengemaskini akaun Nuffnang aku. Tapi tak mengapa la. Hari ini,  aku masih nak kongsikan juga prestasi iklan Nuffnang yang melekat sebagai buffered campaign di blog Bluedianthus yang mungkin tak seberapa di mata korang, tetapi sangat seberapa dan bermakna bagi aku. Terima kasih Nuffnang. :) Aku harapkan juga akaun Nuffnang korang semuanya masyuk-masyuk belaka. :)

Setakat ini telah mendapat buffered ads ke 12, 13, 14 dan 15.

Aku tak pernah terfikir akan dapat menjana pendapatan sampingan daripada blog. Bermula daripada Nuffnang, Advertlets, Innity, aku mula mengenal Adsense, CPA, Amazon, Clickbank dan bermacam program yang boleh memberikan sesuatu kepada blog. Begitulah juga dengan peluang kerjaya di dunia offline. Ramai yang masih lagi belum mendapat pekerjaan yang boleh menjamin kehidupan yang lebih baik. Tapi kita tidak boleh mudah berputus asa. Mungkin masanya belum tiba untuk kita mendapat pekerjaan yang betul. pada masa yang tepat.

Mungkin korang belum menggunakan lagi aplikasi seperti Monster.com, JobsMalaysia, PeluangKerjaya.com ataupun Jobstreet. Masih banyak lagi ruang untuk korang mencari pekerjaan yang sesuai dengan jiwa dan minat kita. Cuma usah perlu dilebihkan dan jangan hanya bersandar kepada nasib semata-mata. Dunia sekarang hanya berada di hujung jari kita. Contohnya seperti laman web Peluang Kerjaya, terdapat senarai jawatan yang diperlukan untuk diisi. Korang hanya perlu rajinkan tangan untuk mencari jawatan yang layak korang pohon. Rajin dan usaha itu tangga kejayaan, ini tema sekolah aku masa sekolah rendah lagi. :)

Kalau tak dapat sektor kerajaan, beralih pula ke sektor swasta. Lebih baik daripada tak ada kerja langsung kan. Kita ni tak boleh sangat terlalu memilih, nanti sampai ke tua tak ada kerjaya yang tetap. Lain la kalau korang nak jadi boss sendiri. Ini lagi besar cabarannya sebab memerlukan disiplin diri yang cukup tinggi, selain daripada keyakinan dan kesabaran yang jitu. Sementara itu, jangan lupa untuk sentiasa menambah ilmu di dada.. :)

p/s: Bluedianthus terfikir nak berniaga offline..jadi businesswoman, hehe..:)

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails