TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 13, 2010

Home » , » Mencari rentak untuk bergelar usahawan internet

Mencari rentak untuk bergelar usahawan internet

Mungkin aku adalah orang terakhir yang menerbitkan entri kemenangan pasukan Sepanyol yang telah menjuarai Piala Dunia 2010 ini. Tak sia-sia aku berjaga sampai pukul 5pagi, hehe.. Mengenai Paul The Octopus pula, berita melaporkan dia akan bersara dari menjadi tukang tilik. Aku sokong tu, sebab ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Apapun, itulah keunikan ciptaan Tuhan, binatang juga cerdik. Tapi jangan jadikan ia sebagai satu sandaran untuk kita percaya. Semuanya hanyalah kebetulan. Yang penting, Sepanyol layak menjadi juara dan sekaligus membawa pulang 30 juta wang dollar Amerika tu.

Mungkin sejak kebelakangan ini korang akan dapat memerhatikan kebanyakan entri yang aku hasilkan berkisar kepada perkembangan dunia Internet Marketing (IM) dan aku harapkan agar korang masih dapat menerima artikel yang diterbitkan dengan hati yang terbuka. Saban hari semakin ramai yang bergelar usahawan internet tanpa mereka sedari. Sebenarnya semasa kita sedang mempromosikan sesuatu contohnya seperti program Youthsays tu, korang telah pun bergelar sebagai usahawan internet, kerana sebenarnya korang sedang mempromosikan link affiliate korang kepada blogger lain.

Tapi sayang ramai yang kurang mengetahui tentang cara untuk bergelar usahawan internet yang sebenar. Kebanyakan daripada kita masih lagi suka menggunakan cara spammer untuk mempromosikan sesuatu. Maka, di sinilah pentingnya untuk korang mengetahui tentang Tip-Tip Usahawan Internet yang betul. Apapun, semoga kita sentiasa berusaha untuk memahami cara promosi yang beretika dan bukannya melakukan spam dengan sebarangan. Dulu aku juga kurang tahu tentang etika ini dan terima kasih kepada dunia Internet Marketing yang aku kenali sejak setahun lepas.

Selain daripada itu, penting bagi kita untuk mengetahui jenis pasaran internet terutamanya bagi kita yang berada di Malaysia. Siapa kata blog berbahasa Melayu tidak mempunyai masa depan yang cerah dalam menjana pendapatan? Kalau Redmummy boleh, kita pun mesti boleh kan. Sebenarnya menggunakan blog untuk menjual mempunyai kebaikannya sendiri kerana blog dikatakan mampu menjual sesuatu secara halus kepada pembaca blog. Berlainan pula dengan laman jualan yang memang berfungsi sebagai medium untuk menjual dalam bentuk yang lebih nyata lagi bersuluh (macam Karam Singh Walia pula, hehe..).

p/s: Bolasepak juga seperti dunia usahawan internet, kalau dah dapat rentak permainan barulah boleh jadi juara.. Kalau dah tahu tips dan strategi untuk menjadi seorang usahawan internet, nampaklah hasilnya. :)

Artikel Sebelumnya: Bluedianthus nak cari kebebasan?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails