TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 10, 2010

Home » » Mencari Designer untuk blog?

Mencari Designer untuk blog?

Setiap blogger mahukan blog mereka cantik dan kemas dipandang. Dulu waktu aku mula-mula berblogging, memang template blog ini jauh ke laut, haha.. Yang aku tau, aku hanya menulis untuk diri sendiri sahaja. Tak kisahlah kalau ada orang yang membaca blog aku ke tidak. Kalau nak cerita tentang nak buat banner, nak buat header, aku memang main bantai je ikut suka hati aku. Walaupun aku ni belajar dalam bidang IT dan Multimedia, ciri-ciri yang baik untuk sesebuah blog jarang aku praktikkan.


Tapi sekarang, kalau nak upah orang buatkan banner, buatkan header, buatkan eCover untuk ebook dan juga minisite bukan lagi suatu perkara yang sukar. Orang-orang Malaysia pun dah ramai yang berbakat dalam bidang ni. Salah seorang yang bergelar Web and Graphic Designer yang memang terkenal di WangCyber ialah saudara Fadzri yang memang kerjanya sangat kemas dan cantik aku tengok. Banyak banner telah beliau hasilkan dan di bawah ini adalah screenshot beberapa hasil kerja yang telah ditempah oleh pelanggan beliau.

Banner di sebelah ini hanyalah sebahagian saja daripada hasil kerja beliau. Ada banyak lagi hasil kerja yang dibuat. Dan aku rasa harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi-baloi. Kita semua sedar bahawa satu cara yang amat penting untuk menarik trafik yang tinggi ke dalam blog adalah dengan menggunakan banner. Jadi, kalau korang berminat untuk membuat banner yang cantik dan profesional, ambil saja servis daripada Fadzri Design ni.

p/s: Bluedianthus juga akan bercadang untuk membuat banner pelbagai saiz pada masa akan datang. 
p/p/s: Cun la website designer tu, guna energy saving mode lagi. :)



ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails