TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 23, 2010

Home » » Masuk universiti, perjuangan baru bermula

Masuk universiti, perjuangan baru bermula

Adik aku yang baru dapat masuk ke universiti cakap dengan aku, semakin tinggi peratusan kaum perempuan menempah tiket masuk ke universiti. Jumlah ini memang tidak menghairankan aku kerana aku berpendapat, golongan lelaki lebih suka untuk memulakan kerjaya seawal mungkin. Ini juga didorong oleh faktor-faktor yang lain seperti tanggungjawab sebagai anak sulung, kemiskinan, pengorbanan kepada adik beradik yang lain untuk menyambung pelajaran dan banyak lagi. 


Jadi, kita tidak boleh memandang serong kepada golongan lelaki yang tidak menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya. Cakap lelaki tak pandai la, perempuan memang lebih hebat dari lelaki la dan seribu macam lagi pandangan negatif terhadap mereka. Aku percaya ada di antara mereka yang sudah membuat perancangan sendiri di dalam hidup mereka masing-masing, mudah-mudahan. Berbaik sangka itu kan elok. :)

Setiap orang diberikan destinasi dan rezekinya masing-masing. Yang telah dapat peluang untuk masuk ke universiti tu, gunakan segala peluang yang ada untuk menimba ilmu sebanyak mungkin. Bukan saja dari segi teori tetapi juga dari segi praktikal. Yang penting, jaga diri hiasi peribadi. Aku sedia maklum gejala sosial yang kurang sihat dalam kalangan penuntut IPT pada masa sekarang ini. Ramai yang teruja dengan kehidupan kampus yang sedikit bebas daripada kongkongan ibubapa. Tapi ini bukannya alasan untuk kita melakukan perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga. 

Apa yang paling penting, jangan lupakan tanggungjawab kepada agama. Walau apa agama kita sekalipun, kita digalakkan untuk melakukan kebaikan dan bukannya kejahatan. Sedih aku melihat kekejaman manusia pada hari ini. Anak yang baru lahir dibuang seperti sampah. Tergamak juga perempuan yang tidak layak dipanggil ibu itu membuang anak sendiri untuk menutup malu. Dosa besar tu, 2 kali ganda dosanya. Melakukan maksiat dan membuang bayi. Aku bukannya cuba untuk menuding jari, tetapi atas dasar kemanusiaan, janganlah diseksa bayi kecil yang tidak berdosa itu kerana kerakusan nafsu yang tidak berkesudahan. 

Nasihat aku untuk korang di luar sana yang baru memasuki alam universiti, hargailah setiap masa itu. Jaga diri. Jaga diri. Jaga diri. Kepada wanita, janganlah mudah tunduk dengan pujuk rayu teman lelaki yang hanya ingin memuaskan nafsu mereka. Maruah diri tiada gantinya. Ingat tau pesan Bluedianthus ni. Dan lagi, pakaian itu biarlah pakai yang elok sikit, jangan macam tak cukup kain pula. 

p/s: Selamat berhujung minggu untuk semua..hari ini aku akan pulang ke kampung halaman. Walaupun sehari cuma, tapi pasti membuatkan nenek kesayangan aku tersenyum gembira menyambut kepulangan cucunya... Wah, indahnya bahasa Bluedianthus gunakan hari ini..hehe..senyum selalu..

Produk saranan aku kepada graduan baru:


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails