TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 8, 2010

Home » » Makanan nostalgia zaman persekolahan...

Makanan nostalgia zaman persekolahan...

Kenangan terindah aku sewaktu bersekolah dulu tentang makanan ialah, dengan duit 10sen aku dah boleh makan nasi lemak masa rehat. Kuih pisang 10sen dah kenyang sebab saiz kiuh yang besar. Masa tu, duit saku 50sen pun dah kira banyak sangat. Itu dulu-dulu zaman persekolahan aku la. KFC, McDonald, Pizza Hut aku memang tak pernah terfikir akan dapat makan semua tu. Maklumlah, keadaan keluarga yang sederhana. Lagipun, makan untuk hidup dan bukannya hidup untuk makan. Tapi sekarang ni dah lain, Paul the Octopus a.k.a  peramal Piala Dunia 2010 pun rakyat Argentina nak makan. Apa kes sempit sangat pemikiran tu? Nak salahkan sotong kurita pula. Ada-ada saja dunia sekarang ni. 


Ni nak cerita tentang makanan ringan orang Muar, Johor. Aku takkan cerita panjang lebar sebab aku pun belum pernah rasa lagi. Tapi tengok makanan tu terliur juga la, hehe.. Memperkenalkan, Mee Siput Muar yang nampak sekali imbas sebiji macam muruku.
Haa..nampak menyelerakan sekali kan. Lepas ni jangan terkejut kalau aku menerbitkan entri bertajuk "Mee Siput Muar Sampai Di Sabah", hehe... Mee Siput ini sebenarnya sangat sentimental bagi orang Muar kerana mereka akan teringat dengan zaman persekolahan dulu. 

Ini lagi best, dulu harganya cuma 5sen sekali dengan sambal tumis ikan bilis. Kalau di sabah ni, makanan yang paling membuatkan aku tak pandai nak berhenti makan ialah keropok yang diperbuat daripada ikan iaitu amplang. Kalau di semenanjung tu, kira macam keropok lekor la. Sama juga dengan Mee Siput ni, sekali dah makan tak pandai nak berhenti. Dulu aku sampai kat Batu Pahat je, tak singgah Muar. Kalau tak, dah tentu aku berkesempatan nak merasa sendiri keenakan Mee Siput Muar ni.

Tapi sekarang ni, korang tak payah nak pesan dengan kawan-kawan yang tinggal kat Muar, sebab kepingin nak makan makanan ni. Tak payah juga susah-susah nak cari resepi cara nak buat Mee Siput ni. Terima kasih kepada teknologi Internet, Mee Siput Muar tu sendiri yang akan dihantar terus di depan rumah korang. Kan senang. Kalau aku tinggal kat Muar pun, aku pun tak nak bazir masa nak isi minyak kereta sebab terlalu lama nak cari parking sampai habis minyak. Order je Mee Siput Muar Online.

p/s: Makan tu, makan juga, tapi jangan sampai terlebih pula ya. :) 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails