TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 6, 2010

Home » » Kesibukan underground di dunia online...

Kesibukan underground di dunia online...

Kadang-kadang blogger juga mempunyai agenda yang tersendiri di dunia online dan mungkin juga pada satu-satu masa akan kurang menghasilkan sesuatu yang kurang memberi maklumat kepada pembaca setia blognya. Dunia blogger secara part-time dan full-time tidak sama.. Blogger part time biasanya akan menulis apabila berkongsi sesuatu yang dirasakan patut dikongsikan, patut ditegur dan patut dibahas bersama..dan lazimnya ia berbentuk peribadi, mungkin dengan teknik penceritaan melalui pengalaman yang baru dialami sebentar tadi. 



Blogger full-time pula selalunya berkongsi sesuatu yang dapat memberi sesuatu ilmu dalam mencari lubuk yang menjanjikan imbuhan, kerana itulah mereka digelar full time blogger. Samalah dengan pemilik blog Bluedianthus ini, semenjak dua menjak ini, dia hanya menulis entri yang ringkas sahaja. Mungkin sekadar memastikan entrinya tidak diselimuti habuk yang tebal, walaupun setiap hari laptopnya berada dalam mode "on". 

Salah satu lagi sebabnya ialah kerana Bluedianthus sibuk mencari duit online. Semakin banyak yang dipelajari, semakin teruja untuk membuat proses "try and error" sendiri. Jadi sekiranya, ada yang aku terlepas pandang pada pertanyaan di chatbox, aku minta maaf.
$15.00 yang bermakna.
p/s: Sibuk menguruskan hal adik-adik yang masuk IPT..masih sempat menulis entri ringkas di hari Selasa..sambil menjangka kemenangan Netherlands awal pagi Rabu ini.. :)

Artikel Sebelumnya: Isnin yang bakal memenatkan...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails