TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 22, 2010

Home » , » Kesabaran dalam kepayahan..

Kesabaran dalam kepayahan..

Semoga korang sentiasa berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Masih banyak berlambak kerja yang terpaksa dilakukan? Sabar la, life is just like that. Hidup mesti terus kan. Jadi, daripada terus merungut, lebih baik ringankan tangan, kosongkan keluhan daripada otak tu, dan mulakan kerja korang dengan kuasa turbo RON97, hehe.. Senyum dulu sebelum bacaan entri ini diteruskan. :)


Orang yang sabar biasanya tidak akan mudah menyalahkan orang lain. Orang yang sabar ini juga dengan mudah dapat melembutkan hati orang lain. Kalau yang sedang berkasih-kasihan tu, orang yang dipujuk itu selalunya akan makin sayang dengan orang yang sabar ni. Betul ke? Ini cuma andaian aku secara logik. Siapa yang tak suka dengan orang yang penyabar kan? Semua pun orang suka maa...(loghat 1 Malaysia dipraktikkan di dalam blog ini, harap maklum..)

Belajar erti kesabaran juga mampu mendewasakan pemikiran seseorang. Kadang kala, kesabaran juga tidak diperlukan. Contoh, kalau "panggilan semulajadi" seperti nak ke tandas, aku rasa semua orang pun takkan sabar. Kalau sabar pun , mungkin kejap saja, itu pun sebab nak cari dulu lokasi tandas tu kat mana. 

Kesabaran dalam kepayahan (bukan lagu Shahir AF8 tu ye, Kebahagiaan dalam perpisahan) juga adakalanya membuahkan hasil yang tidak disangka-sangka. Rasa macam tak dapat je apa yang kita nak, tapi masih lagi terus bersabar dan yakin bahawa apa yang dilakukan pasti ada hasilnya. Cuma, tak tau hasil positif ataupun hasil negatif. Begitu juga dengan usaha Bluedianthus yang masih mecari-cari titik cahaya dalam gelap, mencuba untuk mencari Dollar Amerika yang tersembunyi di sebalik dunia blogging yang menyeronokkan. Akhirnya, khabar gembira diterima. Blog berbahasa Inggeris yang aku setup 2 bulan lepas sudah mula memberikan wang dollarnya.
$1.25 yang bermakna untuk Bluedianthus

p/s: Back to basic, sabar itu sememangnya separuh daripada iman.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails