TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 28, 2010

Home » » Kereta idaman Bluedianthus?

Kereta idaman Bluedianthus?

R5ZHPJH44KDS

Setahun lalu, ada seorang kawan lama aku bertanya apa kereta idaman aku. Aku cakap kancil, haha.. Memang citarasa aku low profile sungguh...hehe.. Tapi aku tak kisah, sekarang ni pun aku menggunakan Kancil. Inilah kereta pertama yang aku gunakan dalam kehidupan seharian aku. Ini memudahkan aku mencari parking sebab kancil ni saiznya comel je. Selain menjimatkan minyak yang sekarang ni dah naik harga. Susah senang bersama..Apa boleh buat kan.. Kancil ini dah banyak berjasa dengan Bluedianthus tau..:)  


Tapi sekarang ini, aku sudah ada kereta idaman yang baru, Honda CRV 2.0 i-VTEC dengan harga pasaran terkini sebanyak RM149,980.00. Perghh...mahalnya. Oppss...ini bukan untuk aku sendiri, tapi ini adalah janji aku kepada Mummy kesayangan aku... Mummy aku ni suka sangat dengan kereta CRV, lawa katanya. Boleh la bawa balik ke kampung yang jalannya teruk dan tidak berturap. Oh, di manakah halatuju pembangunan di Sabah ini, huhu.. Nak bagitau Aduan Rakyat kat TV3 tu, bimbang Bluedianthus jadi popular pula. Aku tak mahu...(perasan) Jangka masa matlamat untuk dapatkan Honda CRV ni adalah 10 tahun. Kalau macam tu, dalam setahun kena cari RM14,998.00, sebulan bayar RM1000++, tak termasuk maintenance. Oh, macam tak hidup je kalau nak beli CRV ni. Tapi, best juga impian ni kan...hehe.. Nampaknya kena atur strategi selepas ini. :)

Oppss, nanti dulu...sebenarnya ini adalah mimpi Bluedianthus semalam. Entah macam mana aku boleh berjanji dengan Mummy dalam mimpi. Adakah aku mampu menjadikannya sebuah realiti? Tidak mustahil kalau ada kemahuan kan. Adakah kes ini ada kaitan dengan iklan yang selalu aku nampak di blog-blog korang semasa sesi blogwalking? Website Honda memang power, aku suka dengan antaramuka website tersebut. Sangat friendly dan teratur, mesra pengguna yang amat. Jenama Honda ni dah memang terkenal kat Malaysia ni. Jadi website mestilah segah namanya.

Bagi aku, belilah kereta mengikut kemampuan. Jangan sebab nak bagi tunjuk kereta mewah, kedudukan kewangan terjejas sebab kereta tu lebih banyak bayarannya daripada sara hidup kita dalam sebulan. Kalau kewangan dah stabil, barulah fikir nak beli yang grand. Kesederhanaan itu penting dan wajib diamalkan. Tapi kalau harta kekayaan tu tak terkira lagi banyaknya, bolehlah beli kereta yang harga berjuta. Tapi pinjam duit mak bapa tak cun la kan..lagi best kalau guna duit hasil titik peluh sendiri.. Lebih terasa kemanisannya.. :)

p/s: Mudah-mudahan Bluedianthus diberikan otak bergeliga seperti kancil..amin.. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails