TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, July 14, 2010

Home » , » Kegunaan PageRank dan Alexa Rank pada blog..

Kegunaan PageRank dan Alexa Rank pada blog..

Sudah lama aku tidak menulis entri semasa rehat tengahari. Aku ucapkan selamat makan tengahari kepada mereka yang makan tengahari dan selamat berdiet kepada mereka yang nak berdiet hari ini. Tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba, bermacam-macam persiapan bakal dilakukan oleh mereka yang beragama Islam. Masa inilah yang paling penting terutamanya dalam merancang kewangan dan perbelanjaan. Maklumlah dekat nak puasa dan raya ni, aliran wang ringgit akan laju macam air paip. Jadi, selagi boleh berjimat, berjimat cermat la..okies? :)


Blogger tegar memang tahu kegunaan PageRank dan Alexa Rank, tetapi antara kedua-dua ini, aku rasa blogger lebih mengutamakan PageRank. Kerana kalau sesebuah blog itu mempunyai PageRank(selepas ni akan disebut PR ye..) yang tinggi, maka peluang untuk mereka menjana pendapatan sangat tinggi. Terutamanya untuk blog berbahasa Inggeris kerana pasarannya mencakupi seluruh dunia.

Blog Bluedianthus ini telahpun mulai menjana sedikit pendapatan hasil daripada Alexa Rank dan juga PR2 nya. Mudah-mudahan PR dan Alexa Ranknya akan terus naik dan naik lagi. Kebiasaanya blogger baru seperti aku akan mudah teruja dengan pendapatan yang tak seberapa hasil daripada aktiviti suka-suka berblogging di alam siber ini. :)
Pendapatan untuk blog Bluedianthus untuk ruang iklan banner berbayar

Aku juga gembira kerana kehadiran blog ini juga telah mulai disedari kewujudannya. Terima kasih kerana masih sudi lagi bertandang ke blog Bluedianthus, memberikan komen yang membina, berkongsi pendapat yang bernas dan saling bertukar-tukar fikiran.

Hmm..apa yang aku tahu dari Hujan Batu, PR terbaru belum lagi diupdate. Apapun , kita tunggu saja lah pengumuman daripada pihak Google tentang isu PR ni. Mudah-mudahan blog Bluedianthus ini dapat PR4. Oh, tingginya impian.. :)

p/s: Jom, masih sempat struggle untuk menaikkan PR dan Alexa Rank tu.. :)

Artikel Sebelumnya: Peluang sentiasa terbuka...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails