TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, July 5, 2010

Home » » Isnin yang bakal memenatkan..

Isnin yang bakal memenatkan..

Entri ini diterbitkan awal pagi ini kerana aku akan sibuk menguruskan urusan adik aku mendaftar masuk universiti, urusan PTPTN, wang pendahuluan pinjaman dan lain-lain lagi. Aku akan menjadi driver untuk segala urusan pada hari ini. Tak mengapa, demi adik tercinta dan tersayang, akan aku lakukan. Hehe.. Biasalah, dulu masa aku sambung belajar di semenanjung nun aku belajar erti survivor, bagaimana untuk berdikari. Untung jadi adik sebenarnya ni sebab ada abang kakak nak tolong. :)

Tidak ada apa yang menarik ingin aku ceritakan pada hari Isnin ini melainkan earning Nuffnang dan current earning untuk  buffered earning yang semakin bertambah dan mungkin tak lama lagi cashout boleh dilakukan pada penghujung bulan ini...mudah-mudahan. Seperti mana yang korang tahu Cek Pertama Nuffnang telah pun aku terima. Terima kasih kepada Nuffnang kerana memberi aku duit poket untuk membeli barang-barang dalam wishlist aku. Aku tidak tahu atas kriteria apa blog ini telah dikurniakan dengan buffered earning yang sebanyak 11 buffered campaign. Tapi, korang boleh je cari-gali blog yang setahun jagung ini untuk mencari tips-tips yang mungkin berguna untuk memberikan blog korang buffered earning untuk mempercepatkan proses cashout.

Selain itu, aku juga berasa kecewa dengan kekalahan Argentina, dan juga kepada pemain favorite aku, Lionel Messi, kalah menang adat pertandingan. Takkan ada penyesalan sekiranya dah buat yang terbaik. Sekian saja entri pendek untuk kali ini. Mungkin selepas ini entri yang akan dihasilkan juga ringkas dan pendek sahaja.

p/s: Oh ya, aku juga telah offline selama 2 hari kerana mengikuti Pre-PTD Asessesment Center (PAC) di Kampus INTAN Sabah. Best juga masa larian 2.4KM tu, nak pitam pun ada...haha.. Sampai je kat rumah, pengsan 12jam.. Apa yang dapat aku katakan mengenai jawatan PTD ni, memang tak sesuai untuk aku..

Artikel Sebelumnya: [Motivasi] Berbaik sangka, hilang sengketa...

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails