Selamat pagi semua rakan-rakan blogger dan para pembaca setia blog yang tak seberapa gah ini. Terima kasih kerana sudi datang melawat blog Bluedianthus yang baru di dunia blogging ini. Hari ini adalah Isnin terakhir dalam bulan Julai. Dan tak lama lagi mereka yang beragama Islam akan mula berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga semuanya akan berjalan lancar. Kalau nak mohon cuti tu apply cepat-cepat. Tapi kalau fulltime blogger tu, bila-bila pun boleh cuti kan...jeles-jeles...hehe..
Surat daripada Nuffnang datang lagi
Cek Nuffnang yang bermakna untuk Bluedianthus
Jumlahnya biarlah dirahsiakan..tak banyak pun. Tapi rasa syukur tetap ada. Orang lain lagi masyuk dari aku. Apapun, semoga earning korang juga bertambah dan terus bertambah lagi. Boleh la simpan untuk duit raya nanti kan...hehe.. Selain daripada itu, blog ini juga telah mendapat beberapa buffered campaign lagi.
Buffered campaign baru: AXE Deodorant dan IBM Innovate 2010
Buffered ads ke 14 telah pun menjadi metered earning. Sementara buffered ads untuk MyDeal masih lagi belum menjadi metered earning walaupun sudah lama tidak muncul di blog ini. Mungkin sedikit masa lagi kot. Apapun, terima kasih kerana menyemarakkan trafik di blog ini. Masih ada juga yang sudi datang bertamu di sini..Terima kasih jangan segan datang lagi. :)
Artikel Sebelumnya: Blogger dan cuti hujung minggu..






