TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 30, 2010

Home » , » Hobi boleh menenangkan jiwa..

Hobi boleh menenangkan jiwa..

Hujung minggu bakal menjelma lagi...cepat benar rasanya masa berlalu pergi. Aku rasa baru semalam aku menulis entri hari Isnin terakhir di bulan Julai. Pantas sungguh masa berlari meninggalkan kita, Yang tak bestnya, masa yang berlalu pergi takkan kembali lagi, jadi hargailah setiap masa yang ada...ini adalah peringatan aku kepada diri aku sendiri.. :)


Aku tau korang semua mempunyai hobi yang berbeza-beza. Ada yang suka melukis, menyanyi, membaca novel, bermain alat muzik, bermain permainan PS3..macam-macam lagi memang kalau cakap takkan habis sampai esok. Bila ditanyakan kepada mereka kenapa suka melakukan hobi,ada yang jawab, memang dari dulu suka buat benda tu, jadi sampai sekarang jadi hobi. Ada yang jawab sebab hobi tu je yang dia boleh buat, sebab hobi tu tak perlu keluarkan kos yang mahal, sebab hobi ini buatkan otak sentiasa berfikir dan digunakan. Semua jawapan ini tak salah, tapi aku rangkumkan kesemuanya dalam satu jawapan, KETENANGAN!

Sebenarnya hobi itu wujud kerana aktiviti ini dapat memberikan ketenangan kepada si pelaku. Mungkin juga di satu tahap, sehingga memberikan ketenangan kepada jiwa. Berblogging juga merupakan satu hobi, dan kadangkala berblogging itu akan menjadi lebih daripada sekadar hobi. Kalau tak percaya, tanya saja kepada blogger tegar kita yang ada di Malaysia ini. Ada ramai blogger tegar yang aku kenali sepanjang aku bergelar blogger. Aku blogger yang masih baru, masih banyak yang perlu dipelajari. Walaupun blogging bukanlah hobi utama aku, tapi aku selesa dengan kewujudan blog ini. Selain mendapat ramai kenalan blogger, boleh juga memberikan sedikit informasi untuk mereka yang ingin mencari maklumat.

Aku harapkan, sepanjang blog ini korang kenali, tak kiralah dari Search Engine, dari blog blogger lain, dari manapun juga, aku harapkan korang selesa berada di blog ini. Terima kasih kerana menjadikan lawatan ke blog Bluedianthus sebagai satu lagi koleksi hobi korang. Aku minta maaf kalau aku terlepas pandang blogger yang melawat dan meninggalkan jejak melalui Chatbox. Cara paling baik adalah dengan meninggalkan komen, sebab aku selalunya akan buat perkara yang sama selepas itu. Orang berbudi kita berbahasa. :)

Oh ya, 6 tahun lepas aku ada melukis satu-satunya lukisan yang tak seberapa. Bagi aku, inilah lukisan yang paling cantik yang dapat aku hasilkan...hehe.. Jangan gelak okies, ini khas tontonan umum untuk pembaca Bluedianthus je ni. Kalau nak gelak pun tak apa, aku tak nampak pun...hehe..
Gambar ni sebenarnya gambar seorang gadis Inggeris, tapi bila aku dah siap lukis jadi macam ni pula, huhu.. Aku masih simpan lukisan ni sampai sekarang, nak laminate lepas ni, haha...


Renungan: Hobi di dunia online memang menyeronokkan, tapi sayang ramai yang menyalahgunakan teknologi Internet dengan hobi yang tidak baik. Sebab itulah, maklumat negatif lebih banyak dari maklumat positif.

Artikel Sebelumnya: Akhirnya, Technorati mengesahkan blog Bluedianthus

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails