TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 31, 2010

Home » , » Gandaan kata nama rama dan kupu

Gandaan kata nama rama dan kupu

Rama-rama dan kupu-kupu la kan..hehe.. Satu benda yang menarik hati Bluedianthus semasa bercuti sehari di kampung adalah kupu-kupu. Jadi, oleh kerana masa terluang yang ada, aku masih sempat mengambil gambar kupu-kupu ini. Hmm...kupu-kupu? Kenapa bukan rama-rama? Sebenarnya, Bluedianthus belajar satu pelajaran baru hari ini. Rupanya serangga makhluk ciptaan Tuhan juga mampu mengajar kita sesuatu.. :)

Menurut Wikipedia, ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Sebelum itu aku nak kongsikan dalam bahasa Inggeris, rama-rama dipanggil sebagai butterfly dan kupu-kupu sebagai moth. Perbezaan fizikal utama kedua serangga ini terletak pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut kupu-kupu pula lebih berbulu. Oh, yang ini aku memang tak dapat nak bezakan. Aku kalau nampak serangga cantik terbang je, akan terus anggap serangga tu rama-rama. Tak pernah pula nak cakap, "Eii tengok,...ada kupu-kupu la.." hehe..

Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila ia berehat ataupun berhenti pada satu kawasan seperti bunga. Rama-rama pula sayapnya terlipat tegak di atas tubuh, kiranya kalau kita pandang dari arah depan kita cuma akan lihat satu garisan sahaja. Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan mempunyai badan yang berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. Oh, aku baru perasan rupa-rupanya rama-rama yang aku nampak di kampung yang terbang-terbang mengelilingi lampu pendaflour tu kupu-kupu.. Hmm...belajar satu lagi benda baru.. :)

p/s: Melalui apa yang aku baca, gambar serangga yang aku ambil ini mungkin adalah kupu-kupu sebab hanya mempunyai 1 warna dan sayapnya direntangkan semasa berehat. Pandai-pandai je aku ni.


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails