TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, July 12, 2010

Home » » Bluedianthus nak cari kebebasan?

Bluedianthus nak cari kebebasan?

Macam mana dengan posing aku ni? Ada gaya model tak? Haha...Sebenarnya gambar ini diambil kelmarin oleh adik aku secara candid. Masa ini aku tengah melayan monolog aku sendiri sambil menikmati keindahan matahari terbenam di Pantai Tanjung Aru di negeri bawah bayu ini.  Lama rasanya aku tak melihat pantai dan berkaki ayam berjalan di pantai yang indah. Haha...jiwang la pula.. Adik ambil gambar guna kamera dari handphone je..gambar tak berapa clear, minta maaf.. :)


Seronok melihat dan menikmati laut yang tak berpenghujung, rasa bebas macam burung pun ada. Kalau aku hari-hari dapat menikmati keindahan pantai macam ni kan bagus. Dapatlah aku merehatkan minda dan otak aku yang sedang kelesuan dimakan waktu dan usia... Terasa diri begitu tua..hehe.. Entri ini aku terbitkan setengah jam sebelum perlawanan akhir di antara Sepanyol dan Netherlands. Aku mengharapkan kejayaan Sepanyol tahun ini.

Bercakap mengenai kebebasan, aku nak beritahu la ada seorang insan, juga seorang blogger seperti aku yang memiliki sebuah blog berbahasa Inggeris dengan tema blog Discover the road to Financial Freedom. Pemilik blog ini bernama Alan Tan ini sebenarnya sudah aku kenali selepas aku join forum Wang Cyber dan juga selepas mengenali blog Rohaizad. Antara entri yang paling popular di blognya ialah mengenai Land Banking di mana sebanyak 167 komen diterima sehingga kini. Siapa tak nak tau resepi untuk hidup kaya kan? Perniagaan jualbeli tanah merupakan salah satu urusniaga yang sangat menguntungkan. Dan aku suka dengan kata-kata ini yang ditulis di blog beliau, "Don't wait to buy land. Buy land and wait-Will Rogers". Ini memang betul, harga kereta akan menjunam jatuh seiring dengan tahun tetapi tidak untuk tanah. Tanah akan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Banyak yang boleh dipelajari di blog beliau ni. Dan suka aku nak bagitau korang ni, beliau ini sudahpun menjana pendapatan yang sangat banyak hasil daripada aktiviti blogging dan juga program affiliate. Nak juga aku berjumpa dan meminta tunjuk ajar, tapi aku segan..hehe..

Alamak, dah pukul 2 setengah ni. Tak dapat nak mengarang panjang ni. Maafkan aku kerana terpaksa menamatkan entri ini dengan seberapa segera. Nak bagi kebebasan kepada mata untuk menonton perlawanan terakhir. Kalau terlepas, kena tunggu 4 tahun lagi nak tengok aksi macam ni.:)

p/s: Go go Spain...


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails