TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 16, 2010

Home » , » Bluedianthus kini pengarang di IM Todays?

Bluedianthus kini pengarang di IM Todays?

Entri ini ditulis semasa menunggu masa untuk pulang ke rumah. Semoga korang yang akan balik kerja sebentar lagi akan sentiasa mengamalkan sikap sabar semasa memandu di jalan raya. Kalau trafik banyak di blog memang hati gembira bukan kepalang. Tapi kalau trafik banyak di jalanraya, rasa macam nak bunyikan hon sepanjang perjalanan. Jangan tension sangat, nanti otak pun gagal berfungsi dengan baik, hilang sabar dan terus memotong kenderaan tanpa mengendahkan risiko nyawa. Ingat yang tersayang okies. :)


Berbalik kepada tajuk entri ini, Bluedianthus kini bergelar pengarang untuk IM Todays. Aku rasa cuma Remedy yang tau tentang hal ini. Maklumlah, Bluedianthus bukanlah nama besar dalam bidang blogging ini seperti Denaihati, Rohaizad ataupun Redmummy. Terima kasih di atas undangan ikhlas pemilik IM Todays, Fadzri.

IM Todays ini telah dibangunkan atas dasar untuk mengumpulkan berita-berita mengenai dunia perniagaan internet di dalam dan luar negara. IM Todays ini dimiliki dan diselenggara sepenuhnya oleh Net Empire. Dan ya, aku baru sahaja menerbitkan entri pertama aku di sana dengan entri yang bertajuk "Keyakinan yang tidak berbelah bagi". Ada masa bolehlah korang meluangkan sedikit masa untuk membaca ya. Gaya penulisan lebih bersifat formal dan menggunakan kata ganti nama "saya". Lebih sopan kan. Lainlah blog Bluedianthus ini yang memang kasar dari segi kata ganti nama. Nama pun blog personal kan. :). 

Selain aku, ada lagi beberapa nama besar yang menjadi pengarang bersama dan antaranya ialah usahawan Internet terkenal, Raja Kamil, Shahrul Faizi, Aminbeb dan ramai lagi. Kebanyakan daripada mereka telah mempunyai nama besar dalam bidang mereka masing-masing. Oh, terasa kerdil sungguh diri ini..huhu..

Apapun, sekiranya korang nak mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan dunia keusahawanan melalui internet, aku akan rekomenkan IM Todays, Majalah IM, dan baru-baru ini juga telah dilancarkan iaitu Komik Niaga. 3 website ini pun sudah cukup untuk korang menambah pengetahuan dalam bidang perniagaan internet. Jangan lagi tertipu dengan scammer dan segala macam penipuan yang berlaku secara berleluasa di internet. 

p/s: Knowledge is power when applied - Dr. Irfan Khairi

p/p/s: Minggu ini Bluedianthus tak balik kampung, ada kerja yang memerlukan fokus. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails