TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Sunday, July 25, 2010

Home » , » Blogger dan cuti hujung minggu

Blogger dan cuti hujung minggu

Hujung minggu ini aku hanya balik sehari ke kampung halaman. Masa inilah yang aku nantikan sebab aku boleh tidur seawal jam 10malam untuk caj semula tenaga yang terbuang semasa membuat kerja dan juga aktiviti blogwalking dan kerja-kerja freelance di alam siber. Hujung minggu ini jugalah masa untuk aku dan adik-beradik yang lain untuk berkumpul dan bergurau senda bersama. Yang pasti, kemeriahan suasana di rumah memang dipenuhi dengan gelak ketawa dan sembang-sembang mengenai keadaan diri masing-masing.


Aku percaya blogger juga mempunyai aktiviti hujung minggu yang menarik selain daripada berblogging. Blogging itu indah, sebab sesiapa sahaja boleh mempunyai blog. Suri rumah, pelajar, kerani, pakcik jaga, eksekutif, nenek, datuk, semua golongan pun boleh mempunyai blog. Ada juga golongan blogger full-time dan blogger part-time. Tapi tak kisah la, yang penting masih lagi dipanggil sebagai seorang blogger. Bagi Bluedianthus, sehari di kampung halaman memang sesuatu yang menyeronokkan, kerana setiap kali balik mesti disambut dengan senyuman manis nenek kesayangan dan juga saudara mara yang lain. Selain itu, boleh juga bercerita dengan sepupu yang lain, bertanya khabar dan mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Hangatkan kembali hubungan persaudaraan kerana minggu hadapan kita tidak tahu apa yang akan berlaku. Selagi masih ada kesempatan beramah mesra sesama saudara, lakukanlah. Bak kata Nike, Just Do It. 
Pemandangan di kampung aku semasa matahari terbenam yang menyenangkan hati

Adik bongsu aku [kiri] dan sepupu rapatnya..masa hujung minggu macam ni la yang dinanti..boleh borak panjang..:)


Dari kiri: Gadis-gadis berbaju oren dan pink ni adik aku posing ayu dengan sepupu. Ada iras-iras tak? 


Live to the fullest, senyum biarlah seikhlas hati.. Ini posing adik pertama aku..:)


Gambar ini sentiasa tergambar di kotak hati..Bluedianthus bergambar bersama adik-adik kesayangan

Entri kali ini banyak gambar. Gambar kadang-kala menceritakan banyak perkara...






ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails