TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Saturday, July 17, 2010

Home » » Blogger, bakatmu bukan untuk disimpan..

Blogger, bakatmu bukan untuk disimpan..

Dari saat kita dilahirkan ke dunia, Tuhan telah menjadikan setiap makhluknya mempunyai ciri-ciri keistimewaannya yang tersendiri. Sebagai seorang manusia, kita mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada makhluk yang lain yang diciptakan oleh Sang Pencipta. Aku tidak bersetuju sekiranya ada yang mengatakan yang mereka tidak ada bakat dalam satu apapun perkara. Ada, cuma korang tak sedar dengan kelebihan a.k.a keistimewaan yang korang miliki. Korang cuma terlepas pandang. Hmm..bakat apa ah?


1. Menulis. Bila korang mempunyai blog, sebenarnya korang sudah pun bergelar seorang penulis. Betul kan? :) Paling tidak pun dalam seminggu ada dua tiga entri terbaru yang akan diterbitkan di dalam blog. Tidak kiralah samada blog peribadi ataupun blog yang bertujuan untuk menjana pendapatan semata-mata. Pernah tak korang terfikir untuk menulis satu buku kronologi mengenai dunia blogging korang? Pengalaman mula-mula berblogging, pengalaman mendapat wang sampingan daripada aktiviti blogging dan sebagainya. Ya, semuanya boleh korang tulis dan terjemahkan dalam bentuk Ebook. Mungkin satu hari bila kita dah tua, waktu mata tak larat lagi nak menghadap laptop untuk menaip entri. Apa salahnya berikan sesuatu yang berharga khas untuk pembaca blog korang sebelum korang berundur dari dunia blogging. Aku pernah terfikir keadaan aku 40 tahun akan datang. Apa sumbangan aku kepada dunia blogging?? Apakah aku berblogging aku dapat memberi lebih maklumat yang berguna kepada pembaca yang singgah ke blog aku?? Apa lawannya bagaimana kan. Gantikan saja perkataan "apa" kepada soalan tadi. 

2. Berniaga. Ramai blogger tidak sedar semasa mereka memperkenalkan sesuatu produk untuk dikongsi bersama dengan pembaca blog mereka, mereka sebenarnya sedang berniaga. Kuasa seorang blogger dalam mempengaruhi minda pembaca untuk membeli sesuatu produk sangat terkesan di hati. Lebih-lebih lagi kalau produk yang direkomen itu digunakan sendiri oleh blogger tersebut. Maka dengan kuasa inilah sistem affiliate wujud sebagai satu strategi perniagaan yang sangat menguntungkan jika kena pada caranya. Kalau sudah kena caranya, tak mustahil korang boleh menjadi blogger dan usahawan internet pada masa yang sama. 

3. Melukis. Bakat ini sememangnya sangat dikagumi oleh sesiapapun. Antara blogger yang menjadi perhatian aku ialah pemilik blog Kartunis Ubi, yang juga merupakan kartunis Majalah Ujang yang dulu menjadi kegilaan aku. hehe.. Selain daripada itu, blogger yang mempunyai bakat melukis mempunyai permintaan yang sangat menggalakkan terutamanya selepas kemunculan Komik Niaga. Mana tau korang boleh hantar profail korang. Ada rezeki korang akan diambil sebagai pelukis komik mereka. :)

Ada banyak lagi bakat yang mungkin wujud dalam diri korang. Contohnya seperti membuat origami atau bermain piano. Banyak sebenarnya bakat korang tu, aku tau...hehe.. Apa yang bestnya menjadi seorang blogger adalah, kita boleh tulis apa saja bakat yang kita ada dalam blog kita. Lagi terbest ialah, bakat yang kita ada itu boleh menghasilkan pendapatan untuk kita. Blogging itu indah kan.. :)

p/s: Bluedianthus teringin nak belajar buat coklat "handmade" lepas ni... :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails