TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 8, 2010

Home » » Bila Bluedianthus mula berdiet..

Bila Bluedianthus mula berdiet..

Pasukan Sepanyol berjaya menempah tiket ke perlawanan akhir bertemu Belanda untuk merebut Piala Dunia 2010 dan juga merebut wang dollar Amerika berjuta-juta dollar tu. Hehe..macam pembaca berita pula aku ni. Apapun, aku rasa Sepanyol memang wajb menang sebab corak permainan mereka cantik dan sebenarnya boleh mendapatkan gol lebih daripada 1. Tak mengapa la, adat pertandingan kan. Rezeki masing-masing.


Pemain bolasepak mempunyai diet mereka yang tersendiri dalam menjaga tahap kecergasan badan mereka. Biasanya pemain bolasepak memerlukan speed with brain. Jadi tak hairanlah kalau setiap pasukan bolasepak mempunyai pakar diet yang akan memastikan pola pemakanan setiap pemain. Pemakanan dikawal dengan rapi terutamanya sebelum sesuatu perlawanan besar berlangsung. Setiap sukan pun mempunyai diet pemakanannya yang tersendiri.

Minggu lepas aku baru sahaja menghadiri ujian pre-PTD Assesment Centre (PAC) dan aku rasa bahagian yang paling sukar adalah semasa ujian larian sejauh 2.4KM. Ramai yang gagal melepasi ujian masa dan kebanyakan daripada mereka adalah mereka yang mempunyai susuk badan yang agak gempal dengan berat badan yang berlebihan. Aku juga baru perasan berat badan aku telah naik 2kg dan tak lama nak mencapai angka 50 kalau pemakanan tidak dikawal. Dengan ketinggian tidak sampai 150cm, aku rasa BMI akan menjadi tidak ideal tak lama lagi. Jadi, sesuatu harus dilakukan oleh Bluedianthus. :)

Satu cara diet yang berkesan adalah diet yang sihat secara semulajadi. Badan yang kurus dan sihat bukan saja penting untuk penampilan diri tetapi ia juga dapat menambahkan keyakinan seseorang. Selain itu, diet sihat juga mampu mencegah penyakit. Memanglah penyakit itu tidak dapat dielakkan, tapi kita perlu juga mengawalnya. Obesiti dan kegemukan merupakan satu faktor yang menyumbang kepada 1001 macam penyakit.

Pernah dengar 3G kan? Bukan 3G yang dalam sistem handphone tu tapi mnemonik bagi Gebu, Gemuk, dan Gempal. Seluruh dunia mengalami situasi 3G ini kerana pemakanan yang kurang sihat. Ebook 101 Tips Diet adalah salah satu lagi alternatif penyelesaian bagi mereka yang nak mengurangkan berat badan dengan bajet minima.

Sebenarnya, kegemukan boleh diatasi dengan disiplin dan kemahuan yang tinggi. Bagi aku, kalau nak sasarkan penurunan berat badan, biarlah masuk akal. Takkan nak hilang 20kg dalam masa seminggu! Kebuluran la kalau macam tu. Tubuh harus disayangi dan bukan disakiti. Masanya untuk korang mendapatkan ilmu diet yang sihat cara orang Malaysia. Korang juga boleh dapatkan Laporan percuma tentang Hakikat Obesiti di laman jualan tersebut.

Hmmm...rasanya lepas hari raya mesti ramai yang akan mengeluh dengan bentuk tubuh badan mereka...

p/s: Bukan susah nak kurus, tapi kalau takut kurus susah nak kurus. Aku setuju..:)

Artikel Sebelumnya: [Review] Teknik killer membina senarai email

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails