TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 27, 2010

Home » » Beriklan di blog juga satu perniagaan..

Beriklan di blog juga satu perniagaan..

Menjana wang melalui blog bukan lagi sekadar angan-angan sekiranya kita serius membangunkan blog yang kita ada. Melalui blog kita akan dapat melihat banyak lagi ruang untuk menjana pendapatan.  Memanglah blog tidak akan menjadikan kita kaya dengan serta merta. Tapi yang manis adalah perjalanan dan bukannya hasil. Siapa yang memang suka berblogging akan tahu apa yang aku cuba sampaikan ni. Berblogging menggunakan platform berbahasa Inggeris lagi lebat pendapatannya. Maklumlah duit USD yang diterima, bukan MYR. Tak percaya, tanya otai-otai yang dah merasa duit dollar yang banyak di alam blogging ni. :)


Salah satu cabang menjana pendapatan melalui blog adalah dengan pengiklanan. Seperti yang korang sedia maklum di sebelah kanan sidebar ini terdapat 8 banner iaitu produk yang diiklankan di blog ini. Baru-baru ini aku telah membaca berita mengenai 400 usahawan Internet dikenakan tindakan kerana tidak mendaftar perniagaan. Jadi aku fikir, aku cuma blogger. Buat apa nak daftar perniagaan kan? Isu ini aku ada bertanya kepada saudara Smartzul. Beliau berkata pengiklanan di blog ataupun website juga merupakan satu perniagaan kerana ia melibatkan transaksi jual-beli iaitu melibatkan aliran wang.

Aku pun baru tahu ini melalui forum WangCyber. Hmm...jadi kalau ada sesiapa di antara korang yang belum lagi mendaftar perniagaan korang, cepat-cepatlah daftar ya. Tak sampai RM100 pun tiap-tiap tahun. Berbanding dengan pendapatan korang yang setiap bulan masyuk tu kan, apalah sangat. Nanti tak fasal-fasal kena denda beribu-ribu lagi..:) 

p/s: Sekarang ni boleh je daftar online.. 


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails