TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Thursday, July 29, 2010

Home » » Akhirnya, Technorati mengesahkan blog Bluedianthus

Akhirnya, Technorati mengesahkan blog Bluedianthus

Selamat menjamu selera kepada rakan-rakan blogger yang dihormati. Makanlah ala kadar sahaja, kalau tidak korang pasti akan mengalami sindrom mata terlelap kerana terlalu kenyang. Lagipun makan berlebihan tidak baik untuk kesihatan badan. Makan la sedikit je..nanti petang boleh la makin pisang goreng dengan minum teh tarik kurang manis, okies.. :)


Kalau ada yang perasan, semalam tuan empunya blog Bluedianthus ini tidak melakukan blogwalking seperti pada kebiasaannya. Apapun, masih ada yang sudi bertandang ke mari, terima kasih datang lagi selalu ke sini ya. Kerana semalam aku sibuk melakukan aktiviti freelancer dan juga kerja utama yang memerlukan fokus. Selain itu juga aku sibuk dengan proses mengesahkan blog Bluedianthus ini di Technorati iaitu salah satu search engine yang tak payah diperkenalkan lagi. Aku rasa ramai yang tahu benda ni, kalau nak tahu lebih lanjut boleh layari website Technorati je. Mungkin aku yang tak ambil kisah. Setelah hampir 2 bulan aku menggunakan kaedah cuba-cuba, akhirnya blog ini telah berjaya mendapatkan status approved. Ini pun setelah hampir tak berdaya nak buat. Kalau korang perasan, sebelum entri ini diterbitkan, pada entri bertajuk Kereta idaman Bluedianthus? ada sesuatu yang pelik di situ, apa ya?

Ya betul, ada satu kod yang diletakkan bersebelahan dengan gambar kereta Honda CRV hitam. 12 karakter ini sebenarnya adalah claimed token untuk aku claim blog Bluedianthus ini. Ini adalah untuk mengesahkan bahawa aku adalah pemilik sebenar blog Bluedianthus ini. Ini adalah apa yang aku baca. Kalau salah tolong betulkan aku okies. 

Pada masa aku hampir nak berputus asa nak claim blog ini, email yang terakhir sampai ke email aku memang membuatkan aku gembira. Apa tidaknya, dah 2 bulan mencuba, rupanya nak claimed token  ni tak semudah yang aku sangka. Semasa dalam proses nak claim blog ini, aku mengalami 2 masalah. Satu adalah masalah Robots.txt yang menghalang akses blog itu ke Technorati dan satu lagi adalah masalah Feeds yang tidak sah. Aku memang sangkut semasa kedua-dua masalah ni muncul.
Email yang menggembirakan Bluedianthus


Dah berjaya claim blog Bluedianthus..Yahoo!


Kemaskini terkini: 29 Julai 2010, 14:31

Ini baru permulaan, status terkini, blog ini belum lagi mendapat apa-apa update daripada Technorati. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tak larat nak buat semula proses ini..huhu..

p/s: Technorati merupakan salah satu webmaster yang sangat berpengaruh untuk peningkatan page rank pada blog atau website yang korang miliki. Kalau pandai SEO lagi bagus. Ini kalau yang ada iklan Google Adsense ni wajib daftar Technorati..mudah-mudahan income makin bertambah, amin..:)

Artikel Sebelumnya: Kereta idaman Bluedianthus?

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails