TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Tuesday, July 20, 2010

Home » » Affiliate dan blogger, bagaimana ia menjanjikan komisyen?

Affiliate dan blogger, bagaimana ia menjanjikan komisyen?

Sistem affiliate merupakan trend yang sangat popular di antara sesama usahawan Internet tidak kiralah di dalam dan luar negara. Aku rasa hampir semua blogger tahu apa fungsi affiliate ini kan. Ya, mempromosikan produk orang lain, dan apabila jualan terhasil, kita akan mendapat komisyen kerana bantuan promosi kita. Itu penerangan secara mudah .:)


Tetapi, mempromosikan link affiliate kita bukan semudah yang kita sangkakan. Kenapa? Adakah kerana ramai yang iri hati a.k.a tidak ingin memberikan komisyen kepada kita? Mungkin juga. Adakah kerana kita berasa rugi memberikan mereka yang mempromosikan produk itu komisyen? Mungkin juga. Ataupun kerana takut kita akan membuatkan affiliater itu bertambah kaya? Mungkin juga. Walau beribu alasan sekalipun, menjual produk melalui link affiliate masih lagi berlangsung dengan meriahnya di forum WangCyber yang kini telah berwajah baru, mungkin penangan daripada Demam Piala Dunia kot..hehe..

Blogger sebenarnya boleh menghasilkan komisyen sekiranya kena pada caranya. Pengalaman Bluedianthus sendiri yang berjaya menjual beberapa produk bernilai tinggi kepada pelanggan sangat-sangat mengujakan. Perasaan semasa berjaya membuat jualan, rasa gembira kerana telah membantu pemilik produk menghasilkan jualan, dan juga rasa gembira kerana membantu mereka yang mahukan produk informasi yang berkualiti. Biasanya aku jarang mempromosikan produk yang tidak aku "test drive" terlebih dahulu. Blog korang adalah senjata paling mantap sekiranya korang dapat menggunakan segala kelebihan yang ada dalam blog korang. Peluang tidak harus ditunggu, peluang harus dicipta...itu prinsip yang perlu kita ada. Hidup Berani Untuk Gagal kan? Macam pernah dengar ayat ni kan, hehe..

Sekiranya korang pernah membaca entri aku iaitu "Rezeki di laut maya" pasti akan mengetahui aku telah mendapat komisyen sebanyak RM60 untuk 1 unit produk sahaja. Bayangkan kalau aku mendapat sebanyak 10 jualan, bukankah RM600 komisyen diterima? Seorang lagi rakan aku di alam siber telah berjaya mendapat jualan hasil daripada affiliate ini. Beliau telah mendapat 1 jualan dan mendapat komisyen sebanyak RM200. Lumayan kan. Nak tahu rahsia affiliatenya? Dia ni bukan jenis yang kedekut ilmu, rasa macam aku dah lama kenal dengan dia ni. Satu lagi persamaan aku dengan dia ni, tarikh lahir kami sama! Cuma aku ni pangkat kakak la, oh!! Dia akan berkongsi secara percuma ebooknya Rahsia Affiliate Terbongkar. Jadi jangan lupa dapatkan ebook tersebut. Semoga ilmu affiliate korang semakin bertambah. :) 

Artikel Sebelumnya: Senyuman di hari Isnin..

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails