TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, July 30, 2010

Home » , » Advertorial dari Nuffnang, bagaimana mendapatkannya?

Advertorial dari Nuffnang, bagaimana mendapatkannya?

Satu cara yang paling mudah untuk mencari jawapan kepada satu persoalan yang kurang pasti, adalah bertanya dengan tuan empunya diri. Contohnya, kalau nak tanya sama ada seseorang tu sukakan kita atau tidak, tentulah kita akan bertanya secara terus dengan insan tersebut. Takkan bertanya dengan kawan baiknya pula kan. Tak gentleman langsung, hehe.. Begitu juga dengan aku, persoalan mengenai bagaimana seseorang blogger itu boleh mendapat Advertorial sangat-sangatlah menggusarkan aku.

Walaupun blog aku ni dalam firasat aku tak akan dapat Advertorial seperti RedMummy tu, aku dengan rasa tak malunya masih lagi bertanya kepada pihak Nuffnang. Bukan apa, tak salah kan bertanya. Antara soalan yang aku tanya yang membolehkan sesebuah blog itu mendapat Advertorial daripada Nuffnang adalah seperti apa kriteria-kriteria yang diperlukan dalam sesebuah blog, perlukan Alexa Rank berapa, PageRank berapa, perlu SEO atau tidak, perlu aktif menyertai party atau event ataupun tak, adakah penggunaan platform diambil kira. Banyak juga soalan yang aku tanya, hehe..

Soalan ini telah aku hantar kelmarin dan baru sebentar tadi aku menerima balasan email. Jadi aku cuma nak kongsikan kepada korang maklumat apa yang aku dapat. Bukan aku tidak pernah menyelongkar blog Nuffnangers yang lain untuk mendapatkan maklumat berkenaan Advertorial ini. Tapi mungkin aku rasa adalah lebih beretika sekiranya aku bertanyakan sendiri kepada pihak Nuffnang. Semoga entri ini juga membantu mereka yang sedang mempunyai persoalan yang sama seperti aku. Di bawah ni adalah balasan email yang sangat friendly daripada Blogger Relations Executive, Robb Chew. Terima kasih di atas balasan. :)
Sekurang-kurangnya 1000 pelawat unik sehari secara konsisten diperlukan untuk mendapatkan Nuffnang Advertorial 

Apa yang aku highlightkan tu aku rasa penting bagi sesebuah blog dalam usaha mendapatkan Advertorial daripada Nuffnang. Sewaktu mula-mula Nuffnang ini beroperasi, menurut pembacaan aku mudah sahaja mendapatkan Advertorial ini, trafik dalam 500-700 pun dah boleh dapat. Tapi sekarang ni persaingan semakin sengit. Banyak blog tumbuh melata di alam siber. Mungkin ini salah satu sebabnya yang menyebabkan Kak Kujie beralih arah kepada pihak pengiklanan yang lain. Tak mengapa, itu terpulang kepada pilihan masing-masing, tak boleh kita persoalkan.

Pada pendapat peribadi aku, blogger sekarang cuma berblog untuk mengejar earning Nuffnang, dan kurang menitikberatkan kandungan blog. Kadang kala menceritakan aib orang lain lagi... Apa boleh buat, minda dan otak kita sudah lali disajikan dengan cerita sebegitu. Aku akui, dulu semasa mula-mula berblogging, aku juga mempunyai fikiran sebegitu. Nak cashout cepat-cepat, nak dapat buffered earning cepat. Semua nak cepat. Nak blogwalking, tapi entri tak pernah nak update. Tapi semakin lama aku berblogging, aku mulai sedar yang dunia blogging sebenarnya mengajar kita sesuatu. Menjadi dewasa dan memperbaiki diri. Selain itu, ramai blogger yang aku kenal, problogger pun ada. Terasa kerdil diri ini, huhu.. Kalau tengok post terdahulu aku, membuatkan aku ketawa sendiri. :) 

Selamat berhujung minggu...Bluedianthus akan balik ke kampung lagi hari ini, tapi sayang sehari cuma.. :)

p/s: Apa yang aku utarakan kat atas hanyalah pendapat peribadi dan tidak terlintas sedikit pun untuk mengenakan pihak tertentu. Andai terasa, maafkan khilaf ku...aku manusia biasa..


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails