TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Friday, June 4, 2010

Home » , » [Tutorial] Beli Domain dari NameCheap Dot Com

[Tutorial] Beli Domain dari NameCheap Dot Com

Kelmarin aku telah membeli satu lagi domain daripada namecheap.com. Niche domain adalah mengenai produk kecantikan yang memang laku macam pisang panas di pasaran. Siapalah tak suka cantik kan. Tapi nak beli kat kedai, malas pula nak berhadapan dengan penjual yang mengesyorkan produk yang mungkin tak sesuai dengan kita. Lebih baik beli secara online kan. :) Mentang-mentanglah entri sebelum ni tentang kecantikan dari dalam kan..



Ok, kembali kepada tujuan asal entri ini ditulis. Dah lama tak buat sesi tutorial. Siapa yang bercadang nak beli domain sendiri tu boleh la beli sekarang ya. Ada kupon diskaun untuk bulan jun iaitu : SUMMERTIME. (jangan lupa letak kod ini masa nak beli domain okies) Jadi bolehlah jimat sedikit $1, mahal juga tu kan kalau dalam ringgit Malaysia. 

1. Pertama, masuk ke laman web http://www.namecheap.com

2. Taipkan nama domain yang korang nak. Korang boleh pilih akhiran domain tersebut samada .com, .net, .org dan lain-lain. Kemudian klik "Search".

3. Satu senarai domain akan keluar. Sekiranya domain belum dibeli, status domain itu akan ditandakan "AVAILABE" dan status "TAKEN" untuk domain yang telah dibeli. Setelah pasti untuk membeli domain itu, klik pada "Add To Cart"



4. Kemudian korang akan dibawa ke laman "Shopping Cart". Pastikan domain yang korang nak beli itu betul dari segi ejaan. Kemudian jangan lupa masukkan kod kupon pada bahagian "Coupon Code". Kemudian Klik "Apply Coupon".

5. Sekiranya kod kupon tadi masih valid, harga asal domain tersebut akan berkurangan seperti gambar di bawah ini. Kemudian klik pada "Standard Checkout".



6. Kemudian laman seperti di bawah akan keluar. Sekiranya belum mempunyai akaun, boleh register percuma dan kalau dah ada, hanya masukkan login dan password. Bagi mereka yang baru mendaftar pertama kali, selepas "Create Account" boleh cari transaksi tadi dengan klik pada "View Cart" pada sebelah atas laman web namecheap.com.
7. Kemudian masukkan butiran-butiran penting dalam ruangan yang diminta. Kena hati-hati masa nak isi sebab sebarang perubahan tidak boleh dilakukan untuk proses "renewal". Selesai isi semua maklumat tu, klik pada "Continue to options"

8. Korang akan dibawa ke bahagian lain iaitu bahagian "Auto Enable Free Whois Guard". Korang boleh pilih untuk "Enable" ataupun biarkan kosong untuk status "Disable". Fungsi Whoisguard ialah untuk melindungi privasi domain korang. Kemudian klik pada "Continue to options"



9. Kemudian paparan seperti di bawah akan muncul iaitu pilihan samada korang nak hostkan sendiri domain tersebut ataupun terus guna hosting daripada NameCheap. Hosting NameCheap boleh korang dapatkan serendah $6.95 sebulan dengan unlimited domain. Kalau dah ada hosting sendiri, boleh pilih "Use Custom Name Servers". Aku telah meletakkan domain ini sebagai addon domain dalam salah satu hosting aku. Selesai isikan semua maklumat, klik pada "Continue Checkout" yang ada terdapat di bahagian bawah.



9. Paparan Checkout : Confirmation memerlukan korang memilih kaedah bayaran iaitu melalui Paypal ataupun Kad Kredit (Kad Debit juga diterima, seperti Kad Debit Maybank). Di sini aku telah memilih menggunakan kad kredit. Kemudian klik pada "Proceed to Secure Payment" 


10. Korang akan dibawa ke bahagian "Checkout: Secure Payment". Isikan semua butiran yang diperlukan dan kemudian klik pada "Charge and Process"


11. Transaksi yang berjaya akan memaparkan "Summary" untuk urusniaga korang seperti di bawah ini.
12. Email notifikasi juga akan dihantar ke email korang iaitu "Order Summary" dan juga resit pembelian daripada pihak NameCheap.



Ok, dah siap pun beli satu domain. Tahniah, dah ada domain baru..hehe.. Sekarang bolehlah bermain dengan coding php pula. :) Harap korang faham la bahasa aku yang tak seberapa ni. Selamat membeli domain baru ya. :)

p/s: Kalau korang rasa tutorial ini membantu, bolehlah "retweet" kan entri ini di twitter korang. Kat mana? Ada di bawah tajuk entri ini. Ilmu itu harus dikongsikan, supaya dapat pahala.. :)

p/p/s: Selamat berhujung minggu buat semua, minggu ini Bluedianthus jarang berblogwalking. Apapun, blog tetap dikemaskini. Terima kasih kerana sudi membaca hingga habis entri ini.  

Artikel Sebelumnya: Kecantikan dari dalam... 

Artikel Berkaitan:

5 comments:

Mario said...

rajin betul ko beli...

Azman Roslan said...

info yang sangat bagus..

Transformer 3: Peganti Megan Fox Sudah Ditemui

Iza said...

Rajinnya membeli.....

ozzy said...

patutla cantik...bagusla utk memberi lebih keyakinan diri

zulkbo said...

salam..
sekarang dah okey
yang baru tu belum
aktive kut..he he

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails