TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Wednesday, June 16, 2010

Home » » Subscriber yang setia...

Subscriber yang setia...

Di waktu tengahari begini, aku memeriksa email di blog motivasi aku. Selepas aku memaklumkan subscriber blog aku mengenai blog yang telah boleh diakses kembali dua hari lepas, di samping itu aku juga bertanya khabar dengan mereka dan juga memberikan tawaran istimewa untuk produk baru yang aku promosikan. Tengah demam bola ini aku pun bertanya pasukan pilihan mana yang mereka sokong. Kemudian hari ini soalan itu ditujukan balik kepada aku...hehe..


Subscriber aku memang sporting habis... :)

Cuba teka aku sokong pasukan apa? Ada pula main teka-teka, hehe.. Cuma subscriber tu je tau jawapan yang aku bagi. Dia ini dah hampir setahun menjadi subscriber aku, lama juga kan. Sebenarnya ramai lagi subscriber blog motivasi aku yang sporting dan suka berbual-bual dengan aku. Mungkin para IM(Internet Marketer) menyatakan MONEY is in the LIST. Memang betul sebab ini adalah salah satu yang menyumbang kepada pendapatan pasif mereka. Tapi, ada satu lagi istilah yang mesti digunapakai, iaitu FRIENDS are in the LIST. Aku suka dan selesa berbual-bual dengan mereka yang aku anggap bukan lagi sebagai subscriber tetapi sebagai sahabat aku sendiri. Yang best sekali, walaupun tak pernah berjumpa, aku macam dah lama kenal dengan mereka ni. Tambahan lagi blog aku dalam niche motivasi, jadi aku saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi masalah yang ada. 

Aku juga mempunyai seorang lagi subscriber yang sentiasa mengikuti perkembangan blog motivasi aku. Kadang kala kami juga bertanya khabar melalui Facebook. Aku ni bukanlah pengguna tegar Facebook sebab aku ni tak pernah main permainan macam Farmville dan yang sewaktu dengannya. Apapun, aku berterima kasih kepada Facebook sebab dapat jumpa kawan-kawan aku masa aku di sekolah rendah lagi. Jejak kasih maya, itu yang best...hehe.. Kadangkala membaca mesej yang dihantar membuatkan aku berasa diri aku dihargai oleh orang lain. Dapat juga aku menyumbangkan serba sedikit untuk menceriakan hidup orang lain.


Seorang lagi subscriber aku yang responsif dan baik hati, seorang guru yang berdedikasi.. :)

Begitulah kawan-kawan aku di alam maya ini. Hubungan persahabatan tidak dibatasi waktu dan tempat. Itulah kelebihan menggunakan medium Internet. Jika dimanfaatkan dengan baik akan mendapat yang baik juga. Hmm? Apa dia? Oh, korang pun kawan-kawan blogger yang aku hormat juga. Cuma, mungkin kita bertegur sapa di ruangan komen ataupun semasa sesi blogwalking. Jadi, tak berapa kenal sangat la. Tapi tak apa, yang penting 1 Malaysia..hehe.. Hmmm..tapi dah lama pula aku tak update blog motivasi aku tu. Hmm..ada masa lagi ni, sekian dulu untuk entri kali ini. Beralih ke blog lain pula. :)


ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails