TERBAIK DARI BLUEDIANTHUS!!!

Monday, June 21, 2010

Home » » Siapa Remedy?

Siapa Remedy?

Ini merupakan entri pilihan Bluedianthus minggu lepas. Tetapi aku baru sahaja membacanya hari ini kerana baru habis bercuti sehingga kelmarin. Siapa Remedy? Ni nak cerita la ni.. Sebelum itu, selamat menjamu makanan tengahari aku ucapkan kepada mereka yang nak keluar makan di waktu rehat ini. :)




Setelah berjaya dengan teknik menjana trafik tinggi ke blognya, Remedy telah menerbitkan ebook pertamanya iaitu RDS (Remedy Direct Source) yang merupakan teknik blogwalking cara pantas yang membuatkan mereka yang ketagihan trafik yang tinggi akan tersenyum puas dengan keberkesanan RDS ini. 

Perawakan Remedy? Orangnya simple (tengok dari gambar kat atas tu, hehe..), aku kenal secara kebetulan semasa aktiviti blogwalking di alam siber. Dulu, dia cakap nak datang bercuti bersama keluarganya kat Sabah ni, tapi mungkin masa belum mengizinkan beliau untuk bercuti…hehe.. Seorang blogger yang mempunyai banyak kreativiti dan suka bermain-main dengan tema blog (ini pendapat aku la sebab tiap kali lawat mesti ada yang baru kat blog dia..). Jangan hairan lepas ni Remedy akan mempunyai blog dot com nya sendiri. Baru nampak pro kan Remedy.. :)

Secara ringkasnya, aku belum lagi menguji keberkesanan teknik RDS ini. Tetapi melalui testimoni blogger-blogger lain yang telah mengaplikasikan teknik ini, terbukti purata pelawat unik ke blog mereka meningkat. Kaedah ini bukanlah sesuatu yang salah dan melanggar TOS Nuffnang kerana teknik ini masih menggunakan kaedah blogwalking secara manual tetapi dalam cara yang lebih pantas dan efisyen. Antara blogger yang memberikan testimony mengenai produk beliau ialah  Uncle Punya Blog, Legasi Piston Pecah dan Blog Mohd Isa. Tetapi Remedy ni memang baik hati sebab nak bagi produk beliau ni secara PERCUMA sahaja sekarang ni. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ebook ini...entah sampai bila tawaran percuma ini akan bertahan. Pantas, pantas..:)

p/s: Bluedianthus tak sabar untuk memandu-uji sistem RDS ini. Mungkin juga merupakan suatu tambahan kepada widget Wawwi Matrix Blogwalking yang bakal dilancarkan sedikit masa lagi.. :)

Artikel Sebelumnya: Masa berbulan madu dah habis

ARTIKEL BERKAITAN:

Related Posts with Thumbnails